Siakap Keli
Gambar Via Google

MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri yang akan berlaku pada malam ini.

Amaran ribut petir yang dikongsikan sebentar tadi dijangka bakal berlaku sehingga jam 9 malam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak • Kelantan (Jeli dan Tanah Merah) • Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) • Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) • Selangor • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Negeri Sembilan • Melaka • Johor • Sarawak: Serian (Serian), Samarahan, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) • Labuan sehingga 9:00 malam; Selasa, 7 Julai 2020.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan elakkan dari mengunjungi kawasan-kawasan yang berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia 

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa