Siakap Keli
sidang parlimen julai
Gambar: Bernama

Sidang Parlimen Bermula 13 Julai, Tertakluk Kepada SOP – Ismail Sabri

Putrajaya, 7 Julai – Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan bersidang mulai 13 Julai ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, persidangan tersebut tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut norma baharu dalam membendung wabak COVID-19 ini.

“Persidangan Dewan Rakyat akan bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020 iaitu selama 25 hari.
Manakala Dewan Negara pula akan bersidang dari 2 September 2020 sehingga 23 September 2020 selama 11 hari.

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP telah meluluskan SOP Pelaksanaan Persidangan Parlimen mengambil kira norma baharu dalam memerangi pandemik COVID-19,” katanya.

Antara SOP yang dipersetujui ialah pemakaian topeng muka, penyediaan pembasmi kuman serta jarak sosial satu meter antara tempat duduk semasa persidangan berlangsung.

Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media juga perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera serta menjalani saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

“Hanya Ahli Parlimen dan pegawai dibenarkan masuk ke dewan persidangan manakala hanya petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di Bangunan Parlimen,” katanya.

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.