Siakap Keli

Taksub Dengan Teori Konspirasi, Ibu Antivaksin ‘Pandai-Pandai’ Rawat Anak OKU Hidap COVID-19 Guna Ubat Malaria & Akhirnya Meninggal Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila sebut tentang kisah golongan antivaksin dan pentaksub teori konspirasi, sudah tentu pelbagai benda kita boleh bayangkan dalam minda.

Ada kes si ibu melahirkan anak secara water birth, ada ibu lahirkan anak secara lotus birth dan macam-macam lagi.

Jika diteliti satu-persatu kes kematian anak kecil atau bayi yang melibatkan kaedah pelik sebegitu, pasti tidak lain tidak bukan berpunca daripada keangkuhan si ibu yang berpegang teguh pada fahaman antivaksin.

Terbaharu, satu kes kematian dilaporkan berlaku di Florida, Amerika Syarikat (US) pada akhir bulan lalu melibatkan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun.

Dipercayai, remaja tersebut merupakan pesakit COVID-19, namun hayatnya berakhir apabila si ibu cuba memandai-mandai merawat anak sendiri tanpa menghiraukan saranan doktor.

Mungkin akibat terpengaruh dengan ajaran teori konspirasi.

Kisah ini telah dilaporkan di beberapa berita luar negara, kemudian diterjemahkan semula ke versi Bahasa Malaysia oleh seorang pengamal perubatan, Dr. Malarsanthi Santherasegapan di Facebooknya baru-baru ini.

Mari baca perkongsian di bawah.

Gambar: agensi

IBU BUNUH ANAK NYA SENDIRI !!

Boleh DIPENJARA tak????

Ketika saya taip cerita ni, tangan saya menggigil sambil ketap gigi.. kegeraman yang tak terhingga..!!

Ini kisah seorang ibu yang terlampau taksub dengan kepercayaannya, tak sedar dirinya kurang cerdik, sanggup bermain dengan nyawa anak sendiri. Akhirnya, lepas si anaknya mati, dia lancar derma pulak nak buat “party”.

Ini versi alih bahasa (link cerita asal boleh dirujuk di sini, sini dan sini).

Remaja OKU meninggal dua hari sebelum hari lahir ke-17 kerana mak dia adalah seorang ANTIVAKSIN yang sibuk duk post Teori Konspirasi di Fesbuk!!

Mangsa ni sebenarnya seorang cancer survivor, dan juga ada masalah jantung dari kecil. Namun, dia selamat dari kedua dua masalah kesihatan itu, dan pergi ke sekolah khas, dan seorang yang ceria dan aktif.

Di ambang pandemik COVID19, ibunya pi bawak anak dia ni ke satu majlis di gereja yang dinamakan “COVID Party”.

Majlis itu dihadiri oleh lebih 100 kanak-kanak lain, tanpa memakai mask. Kononnya, tujuan party itu adalah untuk dapat “natural immunity” terhadap COVID-19.

Lepas majlis tu, bila si ibu sedar anak dia tak sihat, dan mungkin dapat jangkitan, dia pi pandai pandai start ubat antibiotics Azithromycin untuk Carsyn.

Lepas start ubat tuh, mangsa start sakit kepala, rasa sumbat hidung (sinus) dan batuk. (rujuk Point 1)

Beberapa hari kemudian, mangsa nampak pucat. Mak nya masih taknak bawak ke doctor, dia pi pandai-pandai bagi oxygen kepunyaan atuknya yang kat umah. (rujuk Point 2)

Mangsa masih tak sembuh. Malah batuk, sakit kepala, dan demam tak kebah-kebah. Mak dia nih sekali lagi tak sedar diri tu b*****g, pi start ubat Hydroxycloroquine dengan sendiri. (rujuk Point 3)

Nak dijadikan cerita, lepas start ubat tuh, mangsa yang memang dah tenat, menjadi lebih kritikal. Baru lah mak dia tiba-tiba ada otak baru nak terhegeh-hegeh bawak anak dia ke hospital.

Doktor-doktor di jabatan kecemasan yang nak selamatkan nyawa mangsa, sebenarnya nak masukkan tiub pernafasan dalam tekak sebab oxygen dah rendah sangat.

Tapi mak mangsa yang bijak pandai, tak percaya tiub pernafasan, dan tak bagi doktor masukkan.

Sian mangsa tuh, semput nafas, sangkut-sangkut, batuk-batuk, tapi tak diberi bantuan walaupun di hospital, sebab mak dia tak bagi izin.

Maka mangsa di admit ke ICU, tanpa rawatan yang tepat (bantuan pernafasan). Dan keadaan dia menjadi lebih teruk, sampai memerlukan rawatan Plasma Therapy.

Sebab dia menjadi lebih kritikal, prosedur intubation (tiub pernafasan) masih dibuat untuk mangsa pada 22 June, namun dia tidak dapat diselamatkan, dan meninggal dunia pada keesokkan harinya.

NOTA KAKI:

Point 1 : Buat pengetahuan korang, antibiotics Azithromycin LANGSUNG TIADA faedah dalam rawatan COVID-19.

Point 2 : Berapa liter oxygen, berapa bacaan oxygen dalam darah Carsyn, takde sape tahu. Ni lah namanya b****l.

Poitn 3 : Hydroxycloroquine ni sebenarnya ubat Malaria yang si Donald Trump duk promote, tapi pakar klinikal dah sahkan dia lebih banyak kesan sampingan dari faedah. Di Malaysia pun, penggunaan ubat ini hanya diberi di bawah pantauan pakar, dan telah diberhentikan sekarang.

KESIMPULAN:

Setelah kematian mangsa, maknya sibuk duk bagi interview kiri kanan. Dia siap lancarkan derma kilat melalui GoFundMe dengan target USD55,000, kononnya untuk buat Party Peringatan buat mangsa.

APAKAH JENAYAH MAK CARSYN?

1) Bawa mangsa pi event kat church tuh walaupun tahu anak dia tergolong dalam kategori risiko tinggi.

2) Pandai-pandai tulis ubat-ubat power tuk anak dia. Sape sign prescription tuh, kat mana dia beli, apa dose? – hanya seorang doktor berdaftar yang boleh prescribe ubat-ubat yang saya tulis di atas.

3) Mak dia gagal bawak mangsa ke hospital walaupun sedar dia dah pucat.

4) Jenayah paling berat – start kan ubat Malaria tuh, walaupun fasa klinikal trial pun tak lepas.

Pada pendapat saya, mak mangsa tu wajar direman, dihadapkan ke mahkahmah, dan diberi hukuman setimpal. Anak adalah amanah, bukan tiket untuk awak nak buat duit, buat derma kilat bagai!!

KEMATIAN MANGSA SANGAT MENYEDIHKAN.

#celotehdrmalar
#terlampausedih

Mangsa, terpaksa ‘pergi’ akibat ‘kecerdikan’ ibunya sendiri. Gambar: agensi

Sumber: Dr. Malarsanthi Santherasegapan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.