Siakap Keli
hakikat rumah lelong hartanah
Kredit: Shafie Bustan/Google

Umur 27 Dah Ada Rumah Kena Lelong, Lelaki Kongsi Risiko Sebenar Pelaburan Hartanah Ramai Tak Sedar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semakin ramai mempunyai kesedaran untuk membeli rumah di usia muda. Pun begitu, kadangkala hakikat sebenar tak seindah cerita.

Silap haribulan, boleh merana hidup kalau tersalah langkah dan cara.

Baru-baru ini, seorang perunding hartanah berkongsi kisah seorang pemuda berusia 27 tahun yang terpaksa melepaskan rumahnya gara-gara dilelong pihak bank.

Malah, dia juga dikatakan mungkin terpaksa membayar baki pinjaman jika rumah tersebut dilelong pada harga rendah.

Berikut adalah penjelasan saudara Shafie Bustan mengenai hakikat rumah lelong dan risiko pelaburan hartanah yang ramai tak sedar.

Mari aku kongsikan kajian kes sebenar unit lelong. Kena faham kenapa selama ini aku tekankan risiko pelaburan hartanah. Bukan semua indah, bukan semua boleh untung besar.

Tidak semestinya beli mahal itu bagus. Tidak semestinya ambil pinjaman atas RM500k atau RM600k tu pelaburan yang terbaik.

Mari kita tengok perincian Pengisytiharan Penjualan (PoS) pada unit lelong ini.

Pengisytiharan Penjualan/Proclamation of Sale

Apabila bank keluarkan senarai unit hartanah untuk dilelong, dokumen ini perlu dibaca terlebih dahulu. Ada terma dan syaratnya serta keterangan berkenaan hartanah yang akan dilelongkan tersebut.

Korang tengok nombor kad pengenalan di PoS tersebut. Tahun bila pemilik ini. Rupanya tahun lahir 93. Muda sangat tu, umur tidak sampai 30 tahun sudah ada hartanah yang kena lelong. Hartanah tersebut baru siap pula tu.

Cuba tengok kemudahan pinjaman yang dia tanda tangan. Bulan November 2018. Hartanah baru sangat tu. Baru siap. Serius baru sangat tu.

Dengan harga rezab lelong begini, tidak mungkin ada pembida. Orang akan tunggu harga bawah lagi untuk masuk membeli di pasaran lelong.

Kena faham aliran lelongan awam. Setiap kali lelongan dibuat, jika tiada pembida, bank akan turun kan lagi harga rizab tersebut pada lelongan seterusnya sebanyak 10 peratus.

Contohnya dalam PoS ini, harga rizab adalah RM600k. Sekiranya tiada pembida pada hari lelongan tersebut iaitu pada 14 Julai 2020, maka lelongan seterusnya pada bulan yang akan datang diturunkan harga rizab sebanyak 10 peratus lagi.

Jadi nya, lelongan akan datang akan mula pada harga rizab RM540k. Proses ini akan berlanjutan sehinggalah unit tadi terjual.

Bayangkan kalau unit ini terjual pada harga RM400k saja, katakanlah baki pinjaman di bank tu ada lagi RM700k, maka pemilik ini perlu tambah bayar lagi RM300k.

Sudahlah rumah kena lelong, hutang lagi kat bank sebanyak RM300k. Kalau tak boleh bayar, bank akan bawa ke mahkamah dan seterusnya mungkin boleh bankrup.

Korang rasa di usia muda begitu, ada ke simpanan sebanyak RM300k. Kalau ada simpanan takde lah sampai mereka ini ada masalah untuk bayar ansuran pinjaman.

Tak mampu untuk bayar pinjaman yang mereka ambil. Itu baru satu unit, kalau korang buat multisub 3 unit macam mana pula impaknya? Ini kerja gila.

Ramai yang terjerat, ramai yang terkandas. Di usia muda ini kalau tersilap langkah memang susah nak betulkan semula.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Kerana peringkat umur begitu kewangan tidak stabil lagi. Ambil masa yang lama nanti. Banyak listing lelong korang boleh tengok di laman web ini https://lelonglist.my

Kelayakan pinjaman dan kemampuan untuk bayar adalah dua benda yang berbeza.

Kalau kita layak dapat pinjaman dari tapisan pihak bank, belum tentu kita mampu untuk bayar.

Kalau betul kita semua mampu bayar pinjaman, takdelah kes kes rumah lelong semakin bertimbun masuk lelongan awam.

Semua kes lelong ini adalah sebelum COVID-19 lagi. Korang bayangkan lepas bulan 10 nanti macam mana. Impaknya akan nampak pada awal tahun depan.

Jadinya, fikir-fikir kan lah. Jangan taksub. jangan terlalu mengejar angan-angan. Pijaklah di bumi yang nyata. Belilah mengikut kemampuan. Ukur baju badan sendiri.

Andai korang rasa apa yang aku kongsikan ini manfaat, kongsikanlah.

Kenapa aku selalu bagi kesedaran pasal risiko pelaburan, kerana yang terkena ini banyak dikalangan orang kita sendiri. Muda-muda yang terjerat dengan pinjaman yang besar.

Sumber: Shafie Bustan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.