Siakap Keli

(Video) CCTV Rakam Kelibat ‘Hantu Budak’ Tengah Berlari Di Halaman Rumah

Seorang wanita berada dalam ketakutan selepas melihat rakaman yang menyeramkan melalui kamera litar rumah baru keluargnya yang menunjukkan bayang-bayang seorang kanak-kanak.

Amanda berada di rumah bersama dua anaknya yang berusia 4 dan 6 tahun ketika pertama kali melihat sosok kanak-kanak yang seperti berkeliaran dan berayun di jemuran pakaian sebelum hilang di atas bumbung rumahnya.

“Saya tidak mahu melihatnya terlalu lama. Tapi suami saya fikir ianya hebat sedangkan saya sedang dalam ketakutan.” katanya

Menurut wanita tersebut penampakan itu bukanlah aktiviti paranormal pertama kali yang disaksikannya. Sejak berpindah ke rumah yang baharu dia pernah mendengar bunyi seperti askar sedang berkawad dan terbangun dari tidur selepas terdengar suara kanak-kanak ketawa.

 The house when it was Victorian school, built in 1903

Pada Oktober tahun lalu, Amanda sekeluarga telah berpindah ke rumah baharu mereka yang dipercayai dibina pada akhir tahun 1800-an dan ianya dijadikan sekolah sekitar tahun 1903.

Perkampungan yang didiami Amanda dan keluarga juga dipercayai markas tenteras pada zaman pertengahan.

Hal ini menyakinkan lagi wanita tersebut, kelibat dan suara yang didengar merupakan hantu tentera dan pelajar sekolah yang masih berlegar-legar di kawasan itu.

Sumber: The Sun

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.