Siakap Keli

Vietnam Catat Sifar Kes COVID-19 Untuk Hari Ke-82 Berturut-Turut

Vietnam telah memasuki hari yang ke-82 berturut-turut tanpa kes COVID-19 yang baharu dalam kalangan komuniti menurut Jawatan Kuasa Pemandu Nasional Pencegahan dan Pengwalan COVID-19.

Sebelum ini Vietnam mencatatkan 369 jangkitan termasuk 299 kes import yang telah dikuarantin semasa ketibaan.

Dari jumlah tersebut 341 pesakit iaitu sebanyak 92.4%  telah pulih sepenunya dan setakat ini tiada kematian yang dilaporkan.

Diantara 28 kes yang masih aktif, enam telah disahkan negatif sekurang-kurangnya sekali.

Pada masa ini seramai 13, 047 orang yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 atau pulang dari kawasan yang mempunyai kes jangkitan yang tinggi telah dikuarantinkan sama ada di hospital, pusat kuarantin atau di rumah.

Sumber: vitreader.com

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.