Siakap Keli
banjir pulau pinang
Kredit: Bernama

Banjir Kilat Di Pulau Pinang, 31 Mangsa Banjir Dipindahkan Ke PPS Masjid Tasek Junjong

BUKIT MERTAJAM, 8 Julai (Bernama) — Hujan lebat beberapa jam di Tasek Junjong petang semalam, telah menyebabkan kawasan itu mengalami banjir kilat dan menyebabkan 31 penduduk di situ, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Tasek Junjong, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, kesemua mereka terdiri daripada 18 keluarga itu mula dipindahkan ke PPS Masjid Tasek Junjong bermula pukul 10 malam tadi selepas air memasuki rumah hingga paras 0.5 meter.

“Hujan lebat di beberapa kawasan di negeri ini terutama Tasek Junjong sejak pukul 5 petang semalam dan ia berlarutan hingga malam tadi, menyebabkan 18 buah rumah yang terletak berhampiran sungai di situ telah dinaiki air banjir.

“Penduduk yang terlibat mula dipindahkan ke kawasan PPS bermula pukul 10 malam tadi, selepas air banjir yang memasuki rumah mereka tidak surut dan berbahaya kepada mereka,” katanya di sini hari ini.

Katanya semua mangsa banjir termasuk seorang bayi perempuan, berada dalam keadaan sihat.

Ketika ini cuaca mendung dan kadang kala hujan renyai-renyai.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.