Siakap Keli

Budak 13 Tahun Dipercayai Cuba Tangkap Ular Sawa Ditemui Tepi Sungai Maut Dibelit

Budak lelaki berusia 13 tahun, Yusuf Maulana mati dibelit dengan ular sawa berdekatan sebatang sungai di sebuah perkampung Tangerang Selatan, Benten Indonesia pada hari Isnin lalu.

Abdullah Syafei, Pegawai Penyelamat Jabatan Bomba Tangerang Selatan melaporkan kronologi kejadian tragis yang mengemparkan penduduk kampung tersebut.

Kejadian berlaku semasa Yusuf dan rakannya sedang bersiar-siar menaiki motorsikal dan berhenti di tepi sungai untuk membuang air kecil.

“Secara kebetulan dia berada di pinggir sungai dan ternampak ular sawa tersebut. Lalu mangsa cuba menangkapnya tetapi kerana ular terlalu besar dan kekuatan mangsa yang tidak cukup kuat, ular tersebut menjerut leher mangsa.”

Rakannya bergegas mendapatkan pertolongan, namun keadaan ketka itu sangat sunyi. Walau bagaimanapun sebaik pertolongan tiba, mangsa sudah dalam keadaan yang tidak bernyawa.

Pegawai bomba tersebut tidak menyangka kanak-kanak tersebut terlalu berani untuk menangkap ular tersebut. Katanya, untuk menangkap ular yang kira-kira 4 meter panjang, sekurang-kurangnya 5 orang anggota diperlukan.

Ukuran ular sawa yang membelit mangsa membuat penduduk kampung takut dan hanya memerhatikan tanpa beri pertolongan.

Seorang penduduk mengatakan ketika kejadian berlaku ramai yang telah berkumpul di sungai tersebut namun tiada yang mahu menolong kerana takut menjadi mangsa ular tersebut.

Menurut ibu mangsa, dia dan rakannya memang sering berjalan di sungai tersebut dan menangkap ular. Namun, dia tidak bernasib baik pada hari kejadian kerana ular yang ingin ditangkapnya besar dan kuat berbanding ular yang pernah ditangkapnya sebelum ini.

Sumber: Tribunews

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.