Siakap Keli
Gambar:The Jakarta Post

COVID-19: Dalam Tempoh 24 Jam, Indonesia Catat Lagi 1,853 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Kini 68,079 Kes

JAKARTA, 8 Julai (Bernama) — Indonesia mencatatkan kes positif baharu tertinggi COVID-19 bagi tempoh 24 jam iaitu sebanyak 1,853 kes, tertinggi sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata  kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 68,079 kes, manakala kes kematian keseluruhan setakat ini 3,359 orang.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 50 lagi kematian berlaku, manakala sebanyak 13,636 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,102 kes, diikuti Jakarta (665 kes), Jawa Tengah (225), Kalimantan Selatan (206) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Provinsi tertinggi dengan kes positif COVID-19  adalah Jawa Timur iaitu sebanyak 14,967 kes, diikuti Jakarta (13,211 kes) dan selebihnya di 32 lagi provinsi lain.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa