Siakap Keli

Ibu Cekik Anak Dengan Tali Pinggang Kerana Asyik Main Telefon Sehingga Larut Malam

Seorang ibu mencekik anaknya yang berusia 11 tahun sehingga mati kerana marah dengan anaknya yang bermain telefon sehingga larut malam.

Menurut laporan polis pada hari Khamis, wanita tersebut  mengaku telah membunuh anaknya.

Kejadian ini terjadi selepas beberapa hari mangsa merakamkan sajak untuk ibunya. Dalam sajak tersebut dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana telah menjaga dia dan abangnya dan mengatakan senyuman ibunya memberi makna dalam hidupnya.

Suspek yang merupakan ibu tunggal pada mulanya cuba mengalihkan perhatian polis dengan mendakwa anaknya telah melarikan diri dari rumah selepas dimarah mengenai sikapnya yang sering bermain telefon.

Penyiasat melancarkan pencarian dengan bantuan anjing pengintip dan keluarga serta rakan-rakan di hutan berdekatan dengan rumah di Rio Grande Do Sul, Brazil.

Walau bagaimanapun pencariaan dihentikan selepas wanita tersebut mengaku telah mencekik anaknya dengan menggunakan tali pinggang.

Suspek mendakwa dia ‘tidak dapat hidup dalam kebohongan lagi’ dan perlu bebas dari penipuan ini.

Selepas 10 hari kehilangan mangsa, ibu kanak-kanak tersebut mendedahkan tempat dimana dia menyembunyikan mayat anaknya.

Mayat itu dijumpai pada 25 Mei di dalam sebuah kotak besar di garaj rumah jiran mereka yang terletak hanya selang 6 buah rumah.

Mayat yang busuk itu dibungkus dengan selimut beserta beg plastik yang membungkus kepala kanak-kanak tersebut.

Sumber: Daily mail

Nur Syafiqah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.