Siakap Keli

Kanak-Kanak 2 Tahun Disyaki ’Dirogol Ketika Berada Di Wad Pengasingan COVID-19’

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disyaki telah dirogol semasa berada di dalam wad isolasi Covid-19 di sebuah hospital di Afrika Selatan, lapor Daily Mail.

Kanak-kanak itu dipercayai telah didera secara seksual semasa isolasi di hospital di benua tersebut. Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut sedang disiasat oleh pihak hospital dan polis.

Ibu saudara kepada kanak-kanak tersebut yang tidak didedahkan identiti berkata bahawa anak saudaranya telah dimasukkan ke hospital itu setelah mempunyai simptom-simptom Covid-19.

Selain itu, ibu mangsa juga telah dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa anaknya perlu dimasukkan ke wad isolasi.

Setelah itu, wanita tersebut telah pulang ke rumah namun kemudian dihubungi pada petang hari itu dan diberitahu bahawa anaknya menangis serta kelihatan dalam kesakitan, lapor News24.

“Kanak-kanak dan ibunya itu telah dirujuk ke hospital itu pada 15 Jun yang lalu,” kata ibu saudara kanak-kanak itu.

Tambahnya lagi, selepas kanak-kanak itu diambil dari hospital, dia dilihat sukar untuk berjalan.

“Saya lihat ada sesuatu yang tidak kena dengan kanak-kanak itu. Ketika ibunya menukar lampin, dia menemui sejumlah ‘cairan putih’ di bahagian alat sulit anaknya.

“Dia pada awalnya menganggap itu ubat kerana anaknya berada di hospital. Namun keesokan harinya, cairan keputihan yang sama masih keluar,” ujarnya kepada media tempatan.

Mangsa telah dibawa kembali ke hospital di mana seorang jururawat mengatakan bahawa terdapat petunjuk bahawa kanak-kanak itu telah diperkosa.

Pihak hospital juga turut melakukan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa