Siakap Keli

Masih Dengan Baju Pengantin, Wanita Ini Beri Rawatan Di Tepi Jalan Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Gereja

Seorang wanita yang baru sahaja dikahwinkan dengan pilihan hatinya terus menabur bakti dengan merawat seorang wanita ketika dia dalam perjalanan pulang dari gereja.

Rachel Taylor 22, dan suaminya Calvin Taylor 23, yang baru sahaja meninggalkan gereja untuk pulang ke rumah mereka, telah menyaksikan sebuah kereta berwarna hitam memasuki simpang dan melanggar kenderaan lain di Interstate 494 di South St. Paul, Minnesota, United Staes.

Rachel yang sememangnya berkerja sebagai jururawat segera berlari ke arah seorang wanita di tepi jalan dan memeluknya. Dia mula menenangkan mangsa sementara menunggu bantuan paramedik tiba.

Manakala, suaminya Calvin telah mengambil gambar Rachel secara senyap dan telah memuat naik ke dalam akaun facebook dengan menggelarkan isterinya sebagai ‘Pengantin Rockstar’, ketika isterinya masih menenangkan mangsa selama 15 minit bersama gaun pengantinya.

Rachel baru sahaja menamatkan pengajiannya dari Universiti Bethel dan telah mempelajari beberapa teknik untuk membuat orang tenang dalam situasi seperti itu.

Mangsa yang kini sudah beransur pulih mengatakan, bahawa Rachel sangat hebat dan membantu dia untuk hidup dan membuat dia tetap fokus dan tenang. Tambahnya lagi, dia amat berharap dapat bertemu mereka sekali lagi dan mungkin akan menjadi teman selamanya.

Sumber: www.dailystar.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa