Siakap Keli
dr noor hisham al jazeera
Gambar: Bernama/Twitter

Tuduh Dr Noor Hisham Bagi Solusi ‘Fasis’ Isu PATI, Netizen Bangkit ‘Bersatu’ Kecam Segelintir Pengguna Twitter Ini

Kecoh di Twitter apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dikecam segelintir netizen.

Nama DG Hisham trending di tempat pertama di Twitter lantaran sesetengah pihak mengecam pandangan beliau mengenai cara pengendalian COVID-19, khususnya melalui penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin ke negara asal mereka.

Menurut Dr Noor Hisham, negara perlu mengetatkan sempadan negara di samping memastikan warga asing yang mempunyai dokumen mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan diri.

Malah, beliau menegaskan majikan perlu menangani masalah kesesakan tempat tinggal pekerja warga asing.

Pun begitu, pandangan beliau tidak diterima. Ada antara mereka meluahkan rasa tidak setuju dengan langkah disarankan Dr Noor Hisham.

“Ia menyakitkan hati untuk dibaca, terutamanya datang dari tuan.

“Manusia-manusia ini bukan sekadar imigran, tetapi sebahagian mereka adalah pelarian dan ada antaranya pelancong dengan visa yang sah terperangkap dalam kekacauan akibat COVID-19.

“Terdapat banyak lagi kerumitan dari satu kisah tidak tepat tentang pendatang,” tulis pengguna Twitter tersebut.

Jawab Dr Noor Hisham, virus tidak mengenal sama ada warga asing terlibat datang secara sah ataupun tidak. Justeru, negara perlu mengetatkan kawalan sempadan.

“Virus tidak mengenal pengembara berdokumen atau tidak. Semua ketibaan termasuk warga Malaysia perlu diuji dan dikuarantin.”

Namun, individu tersebut masih mempertikai tindakan kerajaan menahan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan. Katanya, tindakan itu membuatkan mereka lebih terdedah kepada virus.

Jawab Dr Noor Hisham, tindakan itu lebih baik berbanding mereka menularkannya ke dalam komuniti. Malah, kesemua tahanan diberi rawatan dan diuruskan sewajarnya.

“Ia sudah pasti lebih baik berbanding mereka berada dalam komuniti. Kita telah mengumpulkan mereka di pusat-pusat terlibat.

“Kes positif diasingkan dan dirawat di hospital dan kontak rapat PATI yang negatif dikuarantin dan diuruskan sewajarnya,” tulis beliau.

Walau bagaimanapun, penyelesaian disarankan Dr Noor Hisham itu menerima kecaman sesetengah individu yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia, khususnya migran. Malah, dengan beraninya individu tersebut menggelar solusi itu sebagai solusi seorang fasis.

Dituduh solusi seorang fasis

Tindakan ini serupa dengan seorang wanita yang ditegur Dr Noor Hisham semalam selepas mempercayai bulat-bulat laporan Al-Jazeera yang tidak tepat.

Dakwa wanita yang juga warganegara Malaysia itu, tindakan kerajaan menggari anak migran adalah keji. Namun hakikatnya, tiada seorang kanak-kanak pun digari sepanjang penahanan pendatang asing tanpa izin ke negara ini.

Lantaran itu, pengguna Twitter berkenaan disekolahkan beramai-ramai oleh warga maya khususnya rakyat Malaysia yang bangkit mempertahankan Dr Noor Hisham.

“Amat menghinakan (hujah aktivis) bila Kementerian Kesihatan (KKM) tak pernah diskriminasi rawatan untuk sesiapa. Malah, DG berkali-kali cakap pasal situasi tempat tinggal migran dan menyeru mereka datang mendapatkan rawatan.”

“Melucukan tengok orang yang langsung tak buat apa-apa untuk membantu cuba berhujah dengan DG Hisham mengenai caranya mengendalikan pandemik. Malah beliau telah berikan semuanya dan caranya berjaya meratakan lengkungan. Sangat tak bersyukur.”

“Kalau ikut logik dia, semua negara yang hantar pulang pendatang tanpa izin adalah fasis.”

“DG Hisham berusaha siang malam dengan petugas barisan hadapan atasi COVID-19 sejak Mac. Tapi pejuang keadilan sosial (SJW) yang menyalak tentang #MigranJugaManusia tanpa mengetahui konteks sebenar dari rumah mewah mereka hanya mengecam beliau di Twitter.”

Kalau dah pandai sangat kendali COVID-19 dari DG Hisham, tunjuklah.

Percayalah DG Hisham dan frontliner yang buat kerja di lapangan, bukan dengar pejuang papan kekunci yang hanya pandai menyalak sesuatu yang mereka tak tahu.

Bersama kita bangkit berjuang mempertahankan Malaysia dan DG Hisham

“Sekurangnya beliau ada ijazah perubatan, bukan macam kamu. Beliau salah seorang doktor terbaik di dunia atasi COVID-19. Tanpa DG Hisham, Malaysia tak akan menjadi salah satu negara paling selamat di dunia.”

DG Hisham ialah hero. Saya masih ada keluarga saya hari ini kerana kepimpinan beliau kendalikan krisis. Sesiapa yang labelkan beliau fasis layak digelar pengkhianat.

Ingat tak masa aktivis kecam (tindakan) menghalang warga asing masuk ke negara kita awal-awal dahulu (awal penularan COVID-19)? Mereka tak dapat nampak lebih dari aktivisme mereka yang dangkal.

DG Hisham ibarat ayah yang pentingkan anak, tapi ada anak derhaka tak reti bersyukur

DG Hisham adalah Hero. Beliau selamatkan Malaysia. Bukan kamu.

Sampai sekarang saya tak lihat mana-mana aktivis keadilan sosial yang menyokong PATI, tetapi frontliner berani yang merisikokan nyawa mereka sendiri.

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.