Siakap Keli

Usain Bolt Kongsikan Nama Anaknya, Peminat Teruja Gelarkan Sebagai ‘Nama Terbaik Tahun 2020’

Seorang atlet olimpik lari pecut dari Jamaica, Usian Bolt telah selamat menyambut kelahiran bayi perempuannya pada bulan Mei dan dia telah memutuskan untuk merahsiakan nama anaknya.

Pelari pecut berusia 33 tahun itu bahkan tidak mahu berkongsi semua gambar anaknya kepada peminat. Namun, semasa ulang tahun kelahiran isterinya, atlet tersebut telah memberi sedikit gambaran pertama mengenai anak perempuannya dalam satu catatan di Instagram miliknya yang ditujukan khas buat isterinya.

Usain telah memuat naik satu gambar isterinya yang mengenakan gaun panjang berwarna krim sambil memeluk bayi mereka yang berada di dalam pelukan isterinya. Tidak hanya mengucapkan selamat ulang tahun, malah dia turut mendedahkan nama bayi perempuannya iaitu Olympia Lightning Bolt.

Olympia Lightning Bolt ⚡️

Posted by Usain Bolt on Tuesday, July 7, 2020

Dalam kapsyennya,”Saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun [email protected] dan untuk memberitahu bahawa saya gembira dapat menghabiskan hari istimewa dengan anda”.

Tambahnya lagi, “Saya tidak mahu apa-apa selain kebahagiaan untuk anda dan akan terus melakukan terbaik untuk menjaga senyuman di wajah anda. Sekarang kami telah memulakan babak baru bersama putri kami Olympia Lightning Bolt. Saya menantikan apa yang akan dibawa oleh masa hadapan. Tapi saya yakin akan tetap menjadi ROCK untuk keluarga ini. Saya sayang awak dan selamat ulang tahun ke 21”, tulisnya.

Rata-rata peminatnya memberikan reaksi positif kepada pasangan itu. Salah seorang daripada mereka berkata “Nama terbaik 2020 setakat ini”.

Sumber: www.mirror.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.