Siakap Keli

(Video) Pemandu Didapati Memandu Dalam Keadaan Laju, Rupanya Sedang Bergelut Dengan Ular Berbisa

Seorang lelaki yang memandu dengan laju pada kelajuan 76mph terpaksa diberhentikan selepas berusaha melawan seekor ular yang berada dipangkuannya dengan pisau.

Lelaki berusia 27 tahun itu yang juga merupakan seorang pemandu lori sedang memandu di sebuah jalan raya di Queensland, Australia sebelum dia melihat reptilia berkenaan tergelincir pada kakinya.

Ular berkenaan dikenali sebagai ular coklat timur yang dilihat berada di dalam traknya. Di Australia, ular coklat timur sangat berbisa. Malah, dikatakan sebahagian besar kematian di negara berkenaan adalah disebabkan oleh gigitan ular.

Menurut Australian Geographic, bisa ular itu boleh menyebabkan kelumpuhan progresif dan menghentikan darah dari pembekuan. Mangsa juga akan berisiko lumpuh dalam beberapa minit.

Pemandu berkenaan mengatakan bahawa dia hanya memandu dengan kelajuan 100kmh(62mph) dan baru mula brek. Tambahnya lagi, semakin dia cuba untuk menggerakkan kakinya, ular itu akan melilit. Manakala, kepala ular berkenaan mula memukul kerusi di antara kedua kakinya.

Seekor ular coklat timur mula melilit pemandu ketika dia sedang melayari jalan raya

Disebabkan dia takut digigit oleh ular berkenaan, dia tidak mempunyai pilihan lain selain membunuh ular itu dan membawanya hospital.

Ketika dia memandu dengan laju pada 76mph, seorang pegawai polis telah menahannya di tepi jalan dengan memintasnya. Dia segera memberitahu pegawai polis berkenaan apa yang telah terjadi. Pegawai itu dengan cepat menyedari bahawa dia sangat memerlukan bantuan perubatan dan paramedik.

Jimmy mengatakan bahawa ular itu memukulnya ketika dia sedang memandu

Menurut pakar ular di universiti of Queensland, ular coklat timur yang sangat berbisa mempunyai racun yang bertindak sangat cepat dan dapat membunuh dalam masa 15 minit.

Polis Queensland mengesahkan bahawa situasi yang berlaku sebagai ‘situasi yang unik’ kerana pemandu berkenaan tidak dicederakan oleh ular. Namun, dia telah mengalami sedikit kejutan.

Sumber: The Sun

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa