Siakap Keli

(Video) Tular Longgokan Kulit Durian Bersepah Di Jalan Bentong-Raub, Didakwa Dibuang Peniaga Tak Bertanggungjawab

Baru-baru ini, tular satu rakaman video berdurasi 34 saat yang memaparkan pemandangan kurang ‘enak’ dengan longgokan ratusan kulit durian di tepi jalan.

Difahamkan, lokasi kejadian didakwa berlaku di Jalan Bentong – Raub di Pahang, didakwa dibuang oleh peniaga-peniaga durian yang tidak bertanggungjawab.

Rakaman tersebut dimuat naik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman menerusi akaun Twitternya semalam.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) berjaya menangkap beberapa individu yang menggunakan kereta pacuan empat roda, Hilux dan lori, dipercayai bertujuan membuang sisa kulit durian tersebut di sana.

Sumber: @youngsyefura

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.