Siakap Keli
Gambar: Bernama

Awas, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi 7 Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 dan 9 malam ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 6.25 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir sehingga jam 8 malam ini adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 8 malam ini:

Kedah: (Baling, Kulim dan Bandar Baharu)

Perak: (Hulu Perak)

Kelantan: (Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang)

Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang)

Sarawak: (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu.

Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).

Bagi negeri dan kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga jam 9 malam pula adalah seperti berikut:

Sarawak: Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu)

Labuan

#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia

Posted by Malaysian Meteorological Department on Thursday, July 9, 2020

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.