Gambar: APMM

Cubaan Ceroboh Perairan Johor Gagal, APMM Tahan Teksi Air Dari Indonesia Disyaki Bawa PATI

Sebuah bot kayu atau teksi air dari Indonesia yang membawa enam penumpang termasuk tekong yang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di Perairan Johor Timur semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, bot tersebut ditahan kapal peronda Maritim Malaysia dalam Op Benteng Laut 1/2020 di kedudukan 7.5 batu nautika timur Tanjung Lompat pada 1.50 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong dan kru ditahan bersama empat penumpang, kesemua warga Indonesia berumur lingkungan 24 hingga 43 tahun di atas bot berkenaan.

“Pengakuan awal mereka ketika ditahan adalah mereka mendakwa sedang dalam perjalanan dari sebuah kapal tangki untuk bekerja, bagaimanapun apabila disiasat, kapal tersebut tiada di tempat yang dinyatakan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Gambar: APMM

Dalam pada itu, kesemua mereka yang ditahan telah menjalani saringan kesihatan COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 44 (3), Akta Kastam 1967 kerana membawa penumpang tanpa manifest yang sesuai baginya.

“Selain Seksyen 6 (1) (A), Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa permit masuk yang sah serta Seksyen 6(1)(C) kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki dokumen sah,” tambah kenyataan itu lagi.

Mereka yang ditahan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 dan penjara selama setahun bagi Akta Kastam 1967, sekiranya disabitkan kesalahan.

Selain itu, bagi Akta Imigresen 1959/63, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, serta boleh dikenakan tidak lebih enam sebatan.

Gambar: APMM
Gambar: APMM

๐—ข๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ก๐—š: ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—Ÿ๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ, ๐Ÿต ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia…

Posted by Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia on Wednesday, July 8, 2020

Sumber: APMM

Denin

Menulis untuk mendidik.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen