Siakap Keli
Gambar Via Google

Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Kelaparan, Dipercayai Diabaikan Ibu Kerana ‘Luangkan Masa Bersama Kekasih’

Seorang wanita di Tokyo telah ditahan oleh polis kerana disyaki telah meninggalkan anaknya yang berumur tiga tahun berseorangan di rumah selama lebih seminggu sambil menghabiskan masa dengan teman lelakinya dan membiarkan anak perempuannya mati kelaparan, lapor South China Morning Post.

Wanita yang berusia 24 tahun itu mengakui tuduhan itu dan dia dipercayai sering menganiayai dan mengabaikan anaknya itu.

Menyokong kecurigaan itu adalah apabila rakan kepada wanita terbabit memberitahu polis bahawa suspek telah meninggalkan rumah selama beberapa hari dan pulang pada lewat malam serta meninggalkan anak perempuannya tanpa pengawasan.

Hasil bedah siasat menunjukkan bahawa anaknya meninggal dunia kerana dehidrasi dan kelaparan yang teruk. Suspek disyaki meninggalkan anaknya sendirian di rumah selama lapan hari pada awal bulan Jun ketika mengunjungi teman lelakinya di Kagoshima Prefecture, barat daya Jepun.

Suspek berkata kepada para penyiasat bahawa dia tidak menyangka anaknya itu akan meninggal dunia kerana dia menyangka semuanya akan baik-baik sahaja jika anaknya itu bersendirian di rumah flat mereka yang terletak di Tokyo di mana kedua-duanya hanya tinggal berdua sejak sekitar Jun 2017 setelah bercerai dengan suaminya.

Dia membuat panggilan kecemasan setelah pulang pada 13 Jun lalu dengan mendakwa bahawa anaknya tidak bernafas dan anaknya disahkan meninggal dunia di sebuah hospital.

Mangsa mengalami atrofi thymic yang kebiasaannya didapati dalam kalangan kanak-kanak yang terabai atau didera serta perutnya juga hampir kosong.

Kanak-kanak itu juga mengalami ruam di bahagian punggungnya kerana lampin pakai buang yang tidak ditukar dalam tempoh yang lama.

Sumber: South China Morning Post 

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa