Apabila sebut tentang kutipan zakat, ramai antara kita yang menyangka bahawa ia wajib dihabiskan.
Dalam erti kata lain, selagi ada baki dalam simpanan pejabat zakat, itu bermakna masih ada lagi asnaf yang belum terima bantuan.
Persoalannya, benarkah dakwaan sebegitu?
Tahukah anda, sebenarnya wang kutipan zakat yang dikumpulkan langsung tidak boleh dihabiskan serta-merta untuk satu-satu tahun.
Malah, ia ada kegunaan lain yang lebih memerlukannya ketika pada waktu-waktu genting seperti kemelesetan ekonomi.
Apakah kaitan baki wang zakat dengan kejatuhan ekonomi?
Seorang amil (pengutip) zakat, saudara Faisal Rahim mendedahkan satu ‘rahsia’ kenapa perkara tersebut boleh berlaku.
Mari baca bebenang di bawah ini.
Tahukah Anda. Sebenarnya ada satu MASALAH bila kutipan zakat diagihkan SEPENUHNYA pada tahun semasa.
Bila berlaku kejatuhan ekonomi, ramai kena buang kerja dan tiada pendapatan. Ia beri kesan langsung kepada kutipan zakat.
Institusi Zakat pula hanya boleh agih apa yang dikutip.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) July 7, 2020
Di bawah ini ada LAPAN kesan buruk sekiranya wang kutipan zakat dihabiskan sepenuhnya.
Kesannya?
1. Jumlah orang miskin meningkat. Ramai yang tiada pekerjaan jatuh miskin & PERLU BANTUAN. TAPI zakat tak dapat bantu semua kerana kutipan zakat yang rendah.
2. Bantuan sedia ada kepada Asnaf kena DIKURANGKAN. Ada bantuan kena tarik balik. Utamakan bantuan asas dulu.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) July 7, 2020
3. Kalau sebelum ni ada dapat 4 jenis bantuan zakat, kena kurangkan kepada 2 sebab ramai asnaf yang baru masuk perlukan bantuan juga.
4. Kalau sebelum ni Zakat taja Dialisis 14 kali sebulan, mungkin dikurangkan kepada 5-8 kali sahaja. Kena keluar duit sendiri juga utk rawatan.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) July 7, 2020
5. Kalau sebelum ni ada bantuan untuk pelajar universiti IPTA/IPTS & biasiswa zakat mungkin tahun ni tak ada. Sebab keperluan asas Asnaf Fakir Miskin lebih utama.
6. Kalau sebelum ini Zakat taja anak-anak asnaf masuk universiti sepenuhnya, mungkin mereka dah kena apply PTPTN.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) July 7, 2020
7. Kalau sebelum ini Zakat bayarkan sewa rumah RM600 sebulan, mungkin dikurangkan kepada RM300. Selebihnya kena usaha sendiri.
8. Kalau sebelum ni ada BANTUAN PERNIAGAAN untuk asnaf buat modal pusingan, peralatan berniaga dsb mungkin akan dibekukan.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) July 7, 2020
Banyak lagi kesan kepada Asnaf.
Selepas musim PKP, ada institusi zakat jangkakan kutipan zakat berkurangan sebanyak RM100-150 juta. Ia satu jumlah yang sangat besar.
TETAPI jumlah keluarga asnaf baru dijangka akan meningkat lebih 10,000 keluarga dari tahun lepas.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) July 7, 2020
Persoalannya,
Dari mana nak dapat duit tambahan untuk bantu mereka semua? TIADA.
Sebab semua wang kutipan zakat yang lepas-lepas, telah diagihkan SEPENUHNYA.
Itu yang ditetapkan FATWA, keperluan pihak AUDIT dan yang dikehendaki masyarakat. Itulah juga praktis institusi zakat.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) July 7, 2020
Kesimpulannya.
Bila kejatuhan ekonomi, ketika ramai orang susah perlukan bantuan, kena buang kerja dsb, institusi zakat hanya BOLEH BANTU berdasarkan kutipan yang diterima sahaja.
Sudah tentu kutipan zakat terkesan. Duit pool makin sedikit – yang perlukan bantuan makin ramai.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) July 7, 2020
Sementara itu, Faisal turut menjawab beberapa persoalan lanjut daripada netizen, seperti di bawah.
Sudah jelaskan kenapa wang zakat tidak boleh dihabiskan?
Semoga perkongsian ini dapat memberi kita satu lagi ilmu baharu tentang zakat.
Sumber: Faisal Rahim