Siakap Keli

Panggung Wayang Di Indonesia Dibuka Semula Pada 29 Julai Walau Kes Covid-19 Terus Meningkat

Panggung wayang utama di Indonesia dilaporkan bakal beroperasi semula dalam norma yang baharu walaupun negara itu mencatat peningkatan kes Covid-19 yang tinggi setiap hari.

Persatuan Pemilik Panggung Wayang Indonesia (GPBSI) dalam kenyataan mereka pada selasa, hanya panggung wayang yang bernaung dibawah persatuan tersebut sahaja telah bersetuju untuk memulakan operasi pada 29 Julai 2020.

“Kesemua pemilik panggung memerlukan dua hingga tiga minggu untuk persiapan memastikan protokol kesihatan dipatuhi,” katanya lagi.

Dalam tempoh tersebut, rantaian panggung wayang perlu melatih kakitangan bagi memastikan protokol norma baharu dilaksanakan dengan baik.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar persediaan ini berjalan dengan lancar, oleh itu membolehkan semua panggung wayang beroperasi dan menyumbang kepada ekonomi kreatif terutamanya industri filem negara.”

Berdasarkan Worldometers, semalam (8 Julai 2020) Indonesia mencatat 1,853 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes di Republik itu meningkat kepada 68,079 kes.

Sumber: Jakarta Post

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)