Siakap Keli
pengerusi spr letak jawatan
Gambar: Bernama

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Sah Letak Jawatan

Putrajaya, 9 Julai – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Azhar Azizan Harun telah disahkan meletak jawatan.

Menurut kenyataan badan itu, perletakan jawatan berkenaan berkuatkuasa pada 29 Jun 2020.

“Perletakan jawatan ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun 2020.

“Selaras dengan Perkara 114 (7) Perlembagaan Persekututan, Dr Azmi Sharom selaku Timbalan Pengerusi SPR akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi SPR sehingga pelantikan pengerusi SPR yang baharu,” tulis kenyataan berkenaan.

“SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Datuk Azhar Azizan Harun atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai Pengerusi SPR.”

Sumber: Unit Komunikasi Korporat SPR

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.