Siakap Keli
Gambar Via Mirror

Inginkan Perhatian, Kucing Ini Kerap ‘Prank’ Jiran, Terbaring Kaku Dengan Lidah Terkeluar Seakan Sudah Mati

Seorang pemilik kucing terpaksa menghantar nota kepada jiran-jirannya  untuk meyakinkan mereka bahawa mereka tidak membunuh kucingnya yang berterusan melakukan ‘prank’ kerana inginkan perhatian.

Kucing yang diberi nama Lolly itu dikatakan sangat suka untuk berbaring kaku di jalan dengan matanya yang tertutup dan lidah terkeluar. Aksinya itu terkadang berjaya memperdaya pemandu kenderaan yang menyangka bahawa haiwan itu telah mati akibat kemalangan tragis.

Pemilik haiwan tersebut, Lesley Southam mengatakan bahawa haiwan peliharaannya yang nakal itu mendapat perhatian sehingga menyebabkannya mencipta risalah yang dihantar melalui kotak surat untuk memberi amaran kepada orang ramai ketika berada di jalan di Banbury mengenai keletah kucingnya itu.

“Dia hanya suka orang ramai dan perhatian. Dia boleh berbaring tanpa bergerak sehingga membuatkan orang ramai berhenti untuk memeriksa sama ada dia masih hidup,” kata Lesley.

“Dia benar-benar terkenal di bandar ini. Semua orang mengenali Lolly,” tambahnya lagi.

Bukan hanya melakukan ‘prank’ sebegitu, Lolly yang berumur 14 tahun itu juga gemar untuk melompat di atas kereta orang yang tidak dikenali.

Nota yang dihantar kepada jiran-jirannya mengandungi gambar kucing tersebut dan tulisan iaitu:

“Hai, nama saya Lolly, perkara kegemaran saya ialah orang dan berpura-pura saya mati di tepi jalan.

“Saya juga tidak tahu apa-apa dan agak tua. Mohon jangan risaukan saya. Semua peniaga tempatan dan doktor haiwan mengenali tuan saya. Jika anda betul-betul risau, hubungi ibu saya,” ujar nota tersebut.

Lesley juga memasukkan nombor telefonnya untuk memudahkan orang ramai menghubunginya jika ada sebarang permasalahan.

Sumber: Mirror

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa