Siakap Keli

TERKINI: Tiada Kes Tempatan, Hanya 6 Kes Positif Dengan 13 Pesakit Sembuh & Sifar Kematian

Setakat hari ini pertambahan pesakit telah disahkan sembuh seramai 13 orang dan jumlah kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada 8499 dengan persamaan sebantak 97.8%.

Bagaimanapun, sebanyak 6 kes positif dilaporkan pada hari ini dengan peningkatan jumlah kumulatif sebanyak 8683. Kes aktif dicatatkan seramai 63 kes. Jumlah kematian kekal kepada 121 kes kerana tiada pertambahan jumlah kematian.

Hanya dua pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan hanya seorang yang masih menggunakan bantuan pernafasan.

Menerusi perkongsian daripada Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham menyampaikan bahawa kesemua kes dicatatkan adalah kes import (5 Warganeagara dan 1 bukan warganegara) iaitu 3 kes dari Indonesia, 2 kes dari Singapura dan 1 kes dari Mesir. Tiada kes penularan tempatan untuk kali ketiga pada hari ini.

 

Sumber: DG Hisyam

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang