Bekas pelakon ‘Glee’, Naya Rivera dilaporkan hilang manakala anak lelakinya yang berusia 4 tahun dilapor ditemui bersendirian dalam keadaan tertidur di atas bot di sebuah tasik di California Selatan.
Aktres berusia 33 tahun itu dilaporkan telah menyewa bot pada Rabu sebelum disahkan hilang di Tasik Piru, barat laut Los Angeles.
Menurut wakil Pejabat Sheriff Ventura County, mereka mengesyaki kemungkinan mangsa lemas di tasik berkenaan. Susulan itu, pasukan mencari dan menyelamat melakukan pencarian bagi mangsa lemas di tasik tersebut.
Rivera yang memegang watak sebagai Santana Lopez dalam siri muzikal komedi Glee berkahwin dengan aktor, Ryan Dorsey yang merupakan ayah kepada kanak-kanak berkenaan.
Pasangan itu bercerai pada 2018 dan mendapat hak penjagaan anak secara bersama.
The missing person at Lake Puru has been identified as Naya Rivera, 33, of Los Angeles. SAR operation will continue at first light. @VCAirUnit @fillmoresheriff @Cal_OES pic.twitter.com/bC3qaZS3Ra
— Ventura Co. Sheriff (@VENTURASHERIFF) July 9, 2020
Pada 3 Julai lalu, Rivera memuatnaik status di media sosial miliknya.
“Tak kira tahun, keadaan atau persengketaan, setiap hari anda masih hidup adalah satu berkat.
“Manfaatkan sepenuhnya hari ini dan setiap hari, esok belum dijanjikan,” tulisnya.
Sumber: BBC, CNN, The Washington Post, The Sun UK