Siakap Keli

Wanita Temui Kristal ‘Rare’ Menyerupai Seakan Bentuk Ayam Goreng Mungkin Boleh Buat Ramai ‘Terliur’

Seorang wanita dari Bloomigton telah berkongsikan beberapa gambar kristal ‘rare’ yang ditemuinya. Apa yang menarik, kristal tersebut dilihat menyerupai bentuk ayam goreng.

Gambar yang telah dimuat naik oleh wanita berusia 20 tahun itu tersebar dengan cepat di media sosial. Orang ramai yang melihat gambar berkenaan bahkan tidak mempercayai bahawa itu adalah kristal. Penemuan seperti itu sangat jarang kerana ianya kelihatan seperti ayam goreng sehingga boleh membuatkan ramai terliur.

Wanita Menemui Kristal Langka yang Kelihatan Seperti Ayam Raksasa

Dia yang turut menjalankan perniagaan perhiasan batu permata bersama teman lelakinya dari kediamannya di Indiana. Dia turut memiliki koleksi lebih dari 700 kristal yang luar biasa.

Dia sendiri tidak menyangka bahawa penemuannya itu akan menjadi viral selepas gambar kristal berkenaan dimuat naik di Reddit. “Kristal ini terdiri daripada kalsium karbonat, terdapat dua jenis iaitu kalsit dan aragonit. Ujian cuka atau HCI yang sederhana akan menentukan yang mana”, katanya.

Tender Kristal Ayam Goreng

Padanya kristal yang kelihatan seperti makanan adalah sesuatu yang sangat biasa, malah dia pernah melihat kristal ayam goreng yang sangat menyakinkan sebelumnya. Potongan rhodochrosite yang kelihatan seperti grapfruit atau ham dan kuarza mawar merah jambu gelap, kelihatan seperti daging mentah yang sangat baik.

Sumber: www.unilad.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa