Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

12 Nelayan Vietnam Berusia 14 Dan 15 Tahun Antara Diberkas, Ceroboh Perairan Negara

Pasir Putih: Dua remaja berusia 14 dan 15 tahun antara 12 nelayan Vietnam yang ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan semalam selepas didapati menceroboh perairan negara.

Pengarah APMM Kelantan Kapten Maritim Muhd Nur Sham Asmawie Yaacob berkata kumpulan nelayan berusia 14 hingga 42 tahun terbabit yang menaiki sebuah bot ditahan 79.7 batu nautika dari muara Tok Bali pada 11.40 pagi.

“Semasa dikesan, bot terbabit memecut untuk melarikan diri, memaksa peronda APMM mengejar sejauh empat batu nautika sebelum berjaya ditahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya pemeriksaan ke atas bot menemukan hasil laut yang dipercayai ditangkap di perairan negara.

Kesemua nelayan terbabit ditahan dan bot serta peralatan menangkap ikan dan hasil laut disita, membabitkan nilai kira-kira RM1.5 juta, katanya.

Kes disiasat menurut Seksyen 15(1) (a) Akta Perikanan.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.