Siakap Keli

Agresif Dan Sporty, Bongkar Rahsia Kenapa ‘H’ Civic Jadi Idaman Semua

Di zaman serba moden kini, kereta bukan hanya sekadar alat pengangkutan. Bagi anda yang berkemampuan, kereta juga lambang status dan imej. Pelbagai jenama yang ada di pasaran, setiap satu hadir untuk memenuhi citarasa tertentu, lebih-lebih lagi untuk anak muda.

Bila sebut mengenai kereta idaman anak muda, memang sah jenama dari Jepun ini wajib ada dalam list sesiapa pun. Tak lain tak bukan, pastinya model terkenal dengan prestasinya dari Honda.

Ada macam-macam model yang ditawarkan dalam pasaran, tapi yang paling mencuri tumpuan sudah tentulah jaguh jalanan, Honda Civic baharu.

Kenapa kami katakan Honda Civic baharu paling mencuri tumpuan?

Ini disebabkan Honda Civic baharu adalah model terkini dalam keluarga Civic dengan versi yang dipertingkatkan. Baik dari segi kekemasan bahagian luar, dalam kabin dan teknologi keselamatan bertaraf 5 bintang.

Anda mesti nak tahu, kenapa Honda Civic menjadi pujaan rakyat Malaysia selama ini kan. Selain daripada reka bentuk luarnya yang lebih bergaya dan tampak garang, apa lagi yang best mengenai kereta kegilaan ramai ini? Jom kita bedah satu persatu mengenai Honda Civic baharu ini.

Gambar 1 : Rekaan bahagian depan yang menarik

Rekaan depan, sisi dan belakang yang ‘cool’ dan menarik.

Ya, salah satu kekuatan Honda Civic baharu yang sangat memukau mata adalah rekaan luarnya yang sangat ‘cool’ dan menarik.

Bumper depan baharu dengan gril hitam berkilat. Ditambah dengan kemasan bumper belakang dan ‘Trunk Spoiler’ baharu yang membuatkan kereta ini nampak semakin bergaya dan sedap dipandang. Bayangkan ketika memecut di atas jalan, sudah pasti pemandu lain di kiri kanan jalan terpesona melihatnya. Rekaan sisinya pula, cukup unik dimana ia kelihatan seperti sebuah ‘fastback’ sejati.

Gambar 2 : Trunk spoiler menyerlahkan lagi ciri fastback sejati

Bagi anak muda, imej sporty yang ada pada Honda Civic baharu juga memberi satu nilai tambah. Mereka sudah pasti bersedia untuk melabur duit untuk tujuan modifikasi luaran ataupun ‘make up’ supaya imej agresif yang ada bertambah garang.

Rekaan rim aloi hitam berukuran 16, 17 dan 18 inci mengikut varian masing-masing pula juga membuatkan kereta ini lebih menonjol ketika berada di atas jalan, sekaligus imej sebagai pemandu Honda Civic baharu sentiasa berada dalam kelas tersendiri.

Gambar 3 : Rim aloi 16” bagi varian1.8S
Gambar 4 : Rim aloi 17” bagi varian 1.5 TC
Gambar 5 : Rim aloi 18” Hitam bagi varian 1.5 TC-P

Prestasi enjin yang tak perlu diperkatakan lagi.

Prestasi enjin kereta Honda Civic memang tidak perlu diperkatakan lagi; enjin yang sangat berkuasa dalam kelasnya.

Bernadikan enjin 1.5L VTEC Turbocharge dan pecutan 0-100km/h dalam hanya 8.2 saat, ia menyamai prestasi sebuat kenderaan berenjin 2.4L. Cukup mengagumkan. Sangat sesuai dengan anak muda yang berjiwa kelajuan.

Menurut Honda, enjin 1.5L VTEC Turbocharged ini telah di tala untuk memberikan ‘Keseronokan Memandu’ diatas jalan raya disamping penjimatan bahan api.

Bukan itu je, Honda Civic baharu turut hadir dengan varian enjin 1.8L i-VTEC aspirasi normal.

Ciri keselamatan dengan Honda SENSING dan Honda LaneWatch

Kereta yang berkuasa, teknologi terkini pasti lebih sempurna apabila digandingkan dengan fungsi-fungsi keselamatan yang lengkap.

Honda Civic baharu dilengkapi dengan 8 ciri penuh keselamatan termaju Honda SENSING. Kalau anda nak tahu, tujuan teknologi ini dipasang pada Honda Civic baharu adalah untuk memberikan pemanduan yang selesa, selamat dan mampu mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya.

Selain itu, Honda Civic baharu juga dilengkapi dengan ciri Honda LaneWatch yang dipasang pada cermin sisi. Teknologi berasaskan kamera Honda ini berfungsi memberikan pemandangan sisi yang lebih jelas. Ia sekaligus mengurangkan titik buta ketika anda ingin menukar haluan.

Pemilik Honda Civic baharu patut rasa bangga sebab Honda Civic baharu ini satu-satunya model dalam segmen C yang dilengkapi dengan teknologi ini.

Bukan itu sahaja, sambil-sambil anda menekan minyak untuk merasai kuasa yang ditawarkan, kereta anda juga dilindungi dengan teknologi keselamatan canggih dari Honda.

Setiap varian dilengkapi dengan enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Anti-lock Braking System, Brake Assist (BA), Auto Brake Hold (ABH), Sensor Hadapan Baharu serta ISOFIX untuk tempat duduk belakang.

Dilengkapi teknologi terkini yang canggih.

Honda Civic baharu bukan sahaja kereta yang dilengkapi dengan enjin berkuasa dan rekaan yang menawan, ia juga turut didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini dunia automotif tawarkan ketika ini.

Gambar 6 : Paparan Home Screen bersaiz 7 inci

Setiap Honda Civic baharu dilengkapi dengan Remote Engine Start dimana ia boleh menghidupkan kenderaan anda dari jauh manakala Walk Away Auto Lock berfungsi mengunci kenderaan dengan sendirinya apabila anda meninggalkan kenderaan dalam jarak 2 meter ataupun selepas 30 saat.

Gambar 7 : Auto Dim Rearvie Mirror

Honda Civic baharu juga dilengkapi dengan Auto Dim Rearview Mirror dimana sensor yang dipasang mampu mengesan cahaya lampu kereta di belakang dan memalapkan cermin pandang belakang secara automatik.

Selain, Honda Civic baharu juga mempunyai ruang kabin yang sangat selesa sama ada untuk pemandu mahupun penumpang yang diinspirasikan daripada falsafah “Man Maximum Machine Minimum” Honda.

Gambar 8 : Ruang kabin yang luas dan selesa, untuk pemandu dan juga penumpang

Di bahagian penumpang belakang pula, ruang yang ditawarkan untuk keselesaan kaki dan kepala juga amat memuaskan. Lutut orang dewasa tidak belaga dengan bahagian belakang kerusi hadapan. Ini bermakna, keselesaan untuk perjalanan yang jauh bukan satu masalah.

Honda Civic baharu juga datang dengan ruang bonet luas bersaiz 519 liter. Tak jadi masalah untuk meletakan bagasi di ruang bonet dan menyimpan barang-barang lain seperti kereta sorong kanak-kanak.

Gambar 9: Boots sebesar 519 liter, ruang yang cukup untuk membawa pelbagai barang.

Tak hairanlah, Honda Civic menjadi pilihan utama sesiapa sahaja. Dengan harga bermula dari RM109,326.51, semua teknologi canggih yang dipasang, kenderaan ini sangat-sangat lengkap dan berbaloi untuk dimiliki.

Anda boleh mengunjungi mana-mana Pengedar Sah Honda di seluruh Malaysia atau lawati honda.com.my untuk maklumat lanjut.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.