Siakap Keli

Anggota Polis Di Sempadan Akan Ditukar Sebulan Sekali – Ketua Polis Negara

Anggota polis yang ditugaskan berkawal di sempadan negara akan ditukar sebulan sekali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, keputusan tersebut bertujuan bagi mengelakkan mereka terlibat menjadi tekong dalam penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, hari ini.

Selain itu, tegasnya lagi, individu yang terlibat dalam kegiatan seludup pendatang tanpa izin adalah pengkhianat negara.

Sumber: PDRM, BERNAMA TV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'