Siakap Keli

Buat Dinding Shiplap Guna “Marker Pen”, Wanita Kongsi Deko Rumah Ala-Ala “Rustic Farm House” Guna Barang Terpakai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa kata nak hias rumah kena keluarkan bajet dengan banyak? Siap ada yang upah pakar untuk hias rumah. Tak salah, tapi untuk yang tidak mempunyai bajet yang tinggi ia bukan penghalang untuk dapatkan rumah yang cantik tau.

Lebih-lebih lagi sekarang muncul banyak  ‘Group’ di Faecbook seperti Kelab Kaki Deko yang sering berkongsikan idea-idea hias rumah yang sangat kreatif malah ada yang ramai yang berkongsi hias rumah tanpa kos yang banyak.

Salah seorang pengguna Facebook, Norpadilah Binti Afandi  berkongsikan transformasi ruang tamu ala-ala ‘English Farm House’ guna barang terbuang seperti kayu pallet, pintu dna tingkap yang terbuang dan juga ranting pokok. Ikuti perkongsian beliau.

Hai first time posting dlm group ni. Nak kongsi serba sikit perjalanan transformasi ruang tamu saya dari warna pumpkin kepada tema farmhouse rustic. Makan masa hampir dua tahun juga untuk kumpul material sebab hampir semua diy sendiri. Modal hanya beli langsir ( sebab masa tu pkp kedai kain semua belum boleh operasi ), cat, kayu batang penyapu buat rod langsir, besi L bracket kedai ecoshop, bantal-bantal gebu, dan karpet.

Yang diy :

  1. Dinding batu saya buat shiplap guna pen marker saja ( sebab tak ada bajet )
  2. Meja kopi box dari pallet
  3. Meja console dari pallet
  4. Rak dari laci terpakai
  5. Box crate dari pallet
  6. Hiasan-hiasan dinding dari tingkap, frame gambar lama dan daun pintu terpakai.

Sofa tu pun sebenarnya owner dia dah buang jadi saya repair semula. Sangat-sangat low bajet cuma makan masa dan tenaga since saya buat semua sorang-sorang dan ada baby umur 1 tahun 4 bulan. Tapi berbaloi lah semua kesabaran tu saya sangat puas hati hasilnya. 

#slowlytransforming

#farmhouse

Dinding shiplap guna marker pen permanent sharpie. Jarak 5.5 inci.

Bahan-bahan buat untuk buat ‘Faux Shiplap’ : Pembaris panjang, pembaris timbang air, dan Sharpie

Jarak 5.5 inci.

Guna pembaris timbang air untuk lurus

Step by step wooden box dari kayu pallet. Saya buat meja kopi dan penyimpanan mainan ank kecil.

Yang macam besi hitam tu sebenarnya tali pinggang en.somi, kita buat deko situ.

Pintu lama jumpa di buangan sampah, bersihkan dan cat rustic look. Box crate saya diy guna kayu pallet.

Kayu batang mop beli di hardware saya cat, besi L bracket beli di ecoshop.

Daun tingkap lama, kerusi/bench & wreath akar pokok saya diy.

Rak tangga dari laci terpakai diy saja

Box chicken wire pun diy saja

Tingkap lama, stick wreath saya diy guna ranting pokok rambutan.

Lihatlah hasil selepas 2 tahun mengumpul dan bertukang bahan yang terbuang.

Sumber: Norpadilah Binti Afandi

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.