Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: Kedah Dan Empat Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 setakat 10 Julai 2020, jam 12 tengah hari.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, terdapat lima negeri yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini.

Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu pada hari ini ialah Kedah, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.

Menerusi maklumat tersebut, Kedah mencatatkan pertambahan 1 kes, Selangor 6 kes, W.P Kuala Lumpur sebanyak 3 kes, Johor pula 1 kes manakala Sarawak sebanyak 2 kes.

Kesemua 13 kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,696 kes.

Pun begitu, daripada 13 kes positif baharu yang dicatatkan, hanya 5 kes sahaja yang melibatkan warganegara manakala 8 lagi kes positif adalah merupakan kes import.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa