Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Dokumentari Al-Jazeera Berunsur Hasutan, Laporan Tidak Tepat- Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown  terbitan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang disiarkan baru-baru ini didapati mempunyai unsur hasutan, laporan tidak tepat serta mencetuskan kemarahan orang awam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata laporan dokumentari berkenaaan telah menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dengan ia lebih condong ke arah menggambarkan layanan buruk terhadap pendatang tanpa izin di negara ini.

“Saya telah berbincang dengan pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneliti kandungan dokumentari itu dan berpendapat ia mempunyai unsur-unsur hasutan dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan dan juga Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini.

“Mereka yang terlibat dengan dokumentari itu telah dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan,” tambahnya.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa