Siakap Keli
rumah bas UM
Kredit: Rumah No. 2, Universiti Malaya

(Gambar) Unik, UM Tukar Bas Lama Jadi Bilik, Boleh Ditempah Melalui AirBnB

Barang lama pun boleh ditukar menjadi wang ringgit kalau kita pandai menggunakan kreativiti. Daripada dibiarkan tersadai tanpa tujuan, pihak Universiti Malaya (UM) telah mengubah bas antik mereka menjadi kediaman yang cantik dan unik.

Lengkap dengan bilik tidur, bas ini turut mempunyai ruang bersantai pada bahagian tengah serta meja yang boleh dijadikan ruangan makan atau bekerja.

Ia juga dilengkapi dengan perabot kompak yang kemas dan tersusun rapi.

UM telah mengiklankan ‘kediaman’ itu melalui platform AirBnB bagi mereka yang menginginkan pengalaman bermalam di dalam bas antik tersebut.

Nak tidur dalam bas lama UM? Teringat kisah lama dalam bas UM? Mengimbau kembali zaman anda dengan tinggal di bas ini.”

Sebelum

Selepas

Tandas diletakkan secara berasingan di rumah bersebelahan bas.
Akses kad untuk ke tandas.

Sumber: Rumah No. 2 Universiti Malaya

Amira

Love yourself.