Siakap Keli

Hanya Guna 3 Bahan, Ini Cara Nak ‘Tanam’ Pokok Daun Kesum Tanpa Guna Tanah

Daun Kesum disebut juga sebagai daun cenohom di sesetengah tempat. Pokok kesum merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara beriklim tropika.

Selain dari aromanya yang boleh merangsang selera, herba ini juga dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan. Daun kesum juga merupakan antara bahan masakan yang sering diguna oleh mak-mak untuk memasak hidangan seperti asam pedas, laksa dan juga dijadikan ulaman.

Biasanya kita hanya akan beli di kedai bila rasa perlukannya dalam masakan, namun daun kesum tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia cepat rosak jika salah cara penyimpanannya.

Jadi untuk mengelakkan pembaziran, apa salahnya kita tanam sendiri pokok kesum dirumah. Ikuti perkongsian dari Ahmad Syamil Abdullah yang mendapat gambar-gambar tersebut dari rakan Facebooknya yang menanam daun kesum tidak menggunakan tanah hanya dengan menggunakan polisterin, span dan air sahaja. Hasilnya sangat luar biasa.

Mudahnya. Lepas ni Asam Pedas ataupun Laksa pasti lebih kaw-kaw. Boleh letak banyak daun Kesum yang ditanam sendiri di dalam masakan.

Cucuk ranting daun kesum di span.

Letak atas polisterin dan atas air. Polisterin bagi terapun dalam air je. Tak perlu tanah.

Akar tumbuh atas air.

Hasilnya. Pokok kesum tumbuh dengan subur. Tak perlu guna tanah.

Sumber: Ahmad Syamil Abdullah via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Nor Azilah