Siakap Keli
Gambar: Kelab Kebajikan &Sukarelawan Sosial-KELSS

Hidap ‘Down Syndrome’ Dan Masalah Paru-Paru, Tabung Bantu Adik Khairun Nas Dilancar Mohon Sumbangan Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak semua orang dikurniakan dengan kehidupan yang sempurna, ada yang diuji dengan pelbagai dugaan yang terkadang tidak mampu untuk diharungi.

Begitulah keadaan yang dialami oleh kanak-kanak berusia 2 tahun yang berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan yang menghidap Syndrom Down dan masalah paru-paru.

Menurut kiriman yang dikongsikan oleh Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS di laman Facebook, adik Khairun Nas Bin Karim itu terlantar dan tidak mampu untuk berjalan seperti kanak-kanak sebayanya.

TABUNG UNTUKMU SAYANG 
untuk
ADIK KHAIRUN

9 Julai 20 , 11:00 Malam

Bismillahirahmanirahim, kami dengan ini melancarkan tabung untuk adik Khairun Nas Bin Karim berusia 2 tahun berasal dari Wakaf Bharu,Kelantan.

Akhir Mei lalu satu lawatan awal telah dilakukan oleh kru kami disana bagi melihat secara dekat keadaan adik Khairun.

Anak bongsu dari 4 beradik ini terlantar tidak mampu berjalan seperti kanak2 sebayanya, mengidap Syndrom Down dan masalah paru-paru. Pihak perubatan menyarankan dua jenis susu khas yang disalurkan melalui tiub.

Mereka yang ingin berkongsi rezeki bagi membantu meringankan bebanan kos keperluan khas adik Khairun ini, boleh salurkan sumbangan ke akaun rasmi kami sepertimana dipersetujui kedua ibubapanya,
CIMB 8602 4983 68
Kelab Kebajikan Dan Sukarelawan Sosial

Pertanyaan melalui WhatsApp:
www.wasap.my/60179404640/Khairun

Cadangan bantuan adalah seperti berikut
1) 6 bulan bekalan susu ‘Pediasure 850gram’
RM93 x 5 tin sebulan x 6 bulan (30 tin)
= RM2,790

2) 6 bulan bekalan susu ‘Myotein 300gram’
RM65 x 1 tin sebulan x 6 bulan (6 tin)
= RM390

3) 6 bulan bekalan lampin ‘Mamy Poko (tape)’ Saiz M
RM40 x 2 pek sebulan x 6 bulan (12 pek)
= RM480

4) Bantuan kewangan
= RM1,000

Jumlah Sasaran: RM4,660

Penyerahan akan dilakukan selepas tabung ditutup dan selesainya pembelian.
Ikuti laman rasmi kami ini untuk perkembangan kes ini serta aktiviti lain sebelum dan akan datang.

#TogetherWeHelp
#SelamatMembantu
Ngo Reg No.: PPM0070327052015

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa