Kaki Panjang Dan Tubuh Seakan Cicak, ‘Objek’ Menempel Di Batu Timbulkan Tanda Tanya Warganet

Satu rakaman menjadi tular apabila memaparkan satu benda yang dipercayai haiwan dengan kaki yang panjang sedang menempel di batu.

Seorang pengguna aplikasi viral dengan akaun Stinkeyescrappy telah berkongsi rakaman video yang diambil. Dalam perkongsian itu, dia juga meninggalkan soalan kepada warganet sama ada mereka tahu apa yang dipamerkan itu.

Apabila disoal mengenai maklumat lanjut mengenai benda ini, pemilik akaun itu memaklumkan bahawa ‘benda’ ini ditemuinya di Nevada, US.

Sekali dilihat, ‘benda’ itu menyerupai seperti cicak. Lebih menghairankan, ketika wanita ini merakamkan video itu secara lebih dekat, benda berkenaan tidak bergerak sedikitpun.

Bukan sahaja bentuknya yang pelik, ia juga telah menimbulkan banyak tanda tanya orang ramai.

Disebabkan itu, timbul pelbagai reaksi dalam kalangan warganet sehingga ada yang menyangkakan bahawa haiwan itu merupakan ‘cicak yang langsing’.

Ada juga yang cuba ‘menyelidik’ melalui carian di internet namun tetap tidak mendapat jawapan. Walau bagaimanapun, ada juga yang meragui mengenai haiwan itu dan menyangkakan ianya mungkin mainan kanak-kanak.

“Saya cukup yakin itu adalah cicak mainan plastik kanak-kanak yang kering dan dilemparkan ke dinding”, ujar warganet.

Menyokong kenyataan itu, ada juga yang mengatakan bahawa ianya seperti cicak mainan yang melekit di dinding. Tidak terkecuali juga, ada yang mengandaikan benda tersebut merupakan mainan yang telah dilenyek kenderaan berat.

Walau bagaimanapun, ‘benda’ itu terus menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet. Pelbagai reaksi yang timbul namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Sumber: www.dailystar.co.uk

 

Nurul Najiha

Editor: syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my