Siakap Keli

Makhluk Aneh Seakan “Jelly” Terdampar di Pantai Queensland Buat Netizen Tertanya-Tanya

Misteri makhluk yang tidak diketahui identiti telah ditemukan terdampar di tepi pantai Queensland pada hujung minggu lalu.

Seorang pengguna Facebook berkata, dia menemui haiwan yang jarang dilihat dan menyerupai setompok jeli di Pantai Urangan, Teluk Hervey pada Jumaat lalu.

“Terfikir adakah ia adalah seekor ikan batu yang hanyut?” tanya seorang wanita di laman sosial itu.

Bagaimanapun, pengguna-pengguna media sosial tidak setuju dengan pandangan itu.

“Ia bukan seekor ikan batu. Bagi saya ia kelihatan seperti terumbu yang lembut,” tambah seorang lagi pengguna media tersebut.

“Ternyata ia bukan seekor ikan tetapi yang pastinya ia sangat buruk,” kata seorang lagi pengguna.

Namun ada juga beberapa teori lain berpendapat ia mungkin obor-obor, sebahagian badan ikan paus atau jerung atau ambergris iaitu bahan pepejal yang dikeluarkan sperma ikan paus.

Ambergis digunakan pengeluar minyak wangi dan boleh bernilai tinggi dari segi kewangan.

Seorang wanita mengatakan penglihatan makhluk itu cukup untuk menghentikannya berenang di pantai.

Dalam pada itu, seorang pakar biologi, Dr Olaf Meynecke berkata, makhluk tersebut kemungkinan besar ialah makhluk yang lebih dikenali sebagai babi laut.

Ia ialah haiwan laut tanpa tulang belakang.

“Sebaik dihanyutkan ke daratan, ia kelihatan seperti satu tompokan tetapi di dalam air, makhluk itu mampu menjadi struktur yang lebih kompleks,” katanya.

Sumber: 7news.com

Nor Azilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.