Siakap Keli

Pernah Terfikir, Berapa Lama Darah Yang Diderma Disimpan? Ini Jawapannya

Anda pernah menderma darah?

Jika ya, tentu anda tertanya-tanya kan, adakah darah itu akan terus digunakan untuk pesakit lain atau disimpan dulu dalam satu tempoh masa tertentu.

Jika disimpan, berapa lama ‘ketahanan’ darah tersebut? Ada tarikh tamat tempoh (expired date) ke?

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pusat Darah Negara (PDN) menjelaskan persoalan ini.

Memetik kenyataan dalam satu hantaran infografik terkini di halaman Facebook, jika anda telah menderma lebih dari tempoh dua minggu lepas, kebarangkalian tinggi darah anda itu telah selamat digunakan oleh mereka yang memerlukan.

Difahamkan, darah merah akan disimpan di dalam bilik sejuk dengan suhu antara dua (2) hingga enam (6) darjah Celcius.

Manakala tempoh luputnya pula adalah antara 35 hingga 42 hari.

Kebanyakan darah yang disimpan akan digunakan dalam tempoh dua minggu selepas diderma oleh penderma.

Selain itu, untuk rekod, purata kira-kira 500 ke 700 unit darah akan dibekalkan ke hospital-hospital di Lembah Klang setiap hari.

Kelebihan menderma darah

Sebenarnya, amalan menderma darah ini bukan sahaja dapat membantu menyelamatkan nyawa orang, malah ia juga boleh membantu diri kita sendiri.

Percaya atau tidak, salah satu kebaikan menderma darah ini adalah kita berpeluang menikmati pelbagai manfaat fasiliti kesihatan awam, salah satunya adalah bil rawatan hospital secara percuma.

Memetik artikel terdahulu Siakap Keli pada Julai lepas, seorang individu, Noorshafry dari Puchong, Selangor, beliau adalah seorang penderma darah tegar sejak 2004 dahulu.

Gambar: sumber

Sepanjang tempoh itu, Noorshafry pernah ditahan di wad selama 35 hari dan turut menjalani pembedahan sebanyak enam kali.

Bagaimanapun, amalan derma darah yang tidak pernah tinggal setiap tiga bulan sekali sepanjang tempoh tersebut melayakkannya untuk menerima kos rawatan berjumlah RM19,713 secara percuma.

Gambar: sumber

Ini adalah resit bil rawatan hospital yang sepatutnya dibayar, namun ‘bertukar’ menjadi percuma atas ‘jasanya’ membantu nyawa orang lain sejak 2004 dahulu.

Dan di bawah ini pula, buku rekod derma darah miliknya. Sangat penuh dan ‘sibuk’.

Terinspirasi kan?

BACA: Kelebihan Rajin Derma Darah, Bil Rawatan Lelaki Ini Belasan Ribu Ringgit Tidak Perlu Dibayar Satu Sen Pun

Di bawah ini adalah panduan bagi peluang kelayakan menikmati manfaat rawatan di hospital.

Dah bersedia derma darah?

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.