Siakap Keli

Selepas 13 Tahun Pembikinan, “Bullet Train” Di Jepun Boleh Berjalan Seperti Biasa Walaupun Berlaku Gempa Bumi

Jepun baru sahaja lancarkan sebuah keretapi, ‘Bullet Train’ yang sangat laju dan paling istimewanya kereta api ini mampu digunakan semasa berlakunya gempa bumi.

Kereta api laju atau Shinkansen boleh memecut hingga 360km sejam dan diperlahankan pada 285km per jam sepanjang perkhidmatan tersebut. Tetapi ia bukan ciri yang mengagumkan di sana.

Walaupun dikenali sebagai kereta api terpantas di Jepun, ia bergerak menggunakan bateri lithium-ion yang dapat digunakan  semasa berlaku bencana seperti gempa bumi walaupun sistem terganggu.

ia mempunyai satu keistimewaan di mana terdapat ensor yang menyala ketika kereta api berhenti di stesen utnuk memberi amaran kepada penumpang yang tertinggal barang pada kotak yang disediakan.

Penumpang juga dapat merasai keselesaan tempat duduk yang baru direka lebih tinggi daripada model sebelumnya dan mempunyai menutup muka untuk penumpang menikmati tidur yang lebih selesa dan tenang.

Kereta api ini bergerak dari Stesen Tokyo ke Stesen Osaka di lane Tokaido Shinkansen ke Stesen Hakata, di Kyushu.

Selepas 13 tahun pembikinan kereta api ini, pada 1 Julai 2020 bermula perjalanannya sulungnya ketepatan dengan perasmian Olimpik Tokyo yang ditangguhkan itu.

 

Sumber: Lonelyplanet

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang