Siakap Keli

TERKINI: Pelajar Sekolah Dibenarkan Pulang Ke Asrama Pada 15 Julai & 3 Ogos 2020

Kerajaan mengesahkan bahawa tarikh kemasukkan semula pelajar ke asrama bermula pada 15 Julai dan 3 Ogos 2020 berikutan dengan kebenaran pembukaan sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menerusi sidang media yang sedang berlangsung pada hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan bahawa tarikh kemasukkan pelajar bagi tingkatan 4 akan dibenarkan bermula pada 15 Julai ini.

Manakala, bagi pelajar tingkatan 1 hingga 3 bermula pada 3 Ogos 2020 dengan mengikut arahan SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi asrama untuk sekolah rendah pula, pelajar tahun 5 dan 6, mereka akan masuk semula ke asrama bermula 15 Julai 2020.

Jelasnya, sajian bufet, berhidang individu, berbungkus dibenar bagi dewan makan asrama sekolah bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Oleh itu, KKM akan menjalankan ujian saringan Covid-19 secara rawak di asrama yang bakal dibuka ini.

 

Sumber: Sidang media MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang