Siakap Keli
Gambar Via Mirror

(Video) Detik Mendebarkan ‘Hero’ Ini Sambut Budak 3 Tahun Dilemparkan Oleh Ibunya Dari Bangunan Terbakar

Seorang bekas tentera laut Amerika Syarikat yang telah bersara digelar sebagai hero setelah menangkap seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dijatuhkan dari sebuah bangunan yang terbakar, lapor Mirror.

Philip Blanks  dikatakan sedang melawat rakannya semasa dia terdengar bunyi keriuhan dari luar bangunan apartment di Arizona dan memeriksa kehadiran bunyi tersebut.

Setelah itu, dia mendapati bahawa sebuah apartmen jiran terbakar dan melihat seorang wanita yang seakan terdesak bersama anaknya di pangkuan.

Wanita tersebut telah menjatuhkan anaknya itu dari tepi dan keajaiban berlaku apabila Philip berjaya menyambut anak lelaki itu ke dalam pangkuannya.

Detik-detik tersebut telah dirakam dan memperlihatkan kanak-kanak tersebut jatuh ke tanah sebelum dapat ditangkap oleh Philip.

Saksi mengatakan bahawa wanita yang menjadi mangsa kebakaran tersebut tidak cuba untuk menyelamatkan dirinya dahulu namun sebaliknya bergegas masuk semula ke dalam apartmen untuk mencari anak perempuannya yang berusia lapan tahun.

“Saya hanya melakukan yang terbaik. Kepalanya mendarat dengan sempurna di siku saya,” kata Philip.

Malangnya, ibu dua anak tersebut ditemui maut ketika bomba bergegas untuk menyelamatkannya di dalam apartment itu.

Anak lelakinya pula dibawa ke hospital dan anak perempuannya menjalani lapan pembedahan.

“Dia merupakan hero yang sebenar kerana dia melakukan pengorbanan yang besar untuk menyelamatkan anak-anaknya,” ujar Philip.

Sumber: Mirror

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa