Siakap Keli
bapa pukul anak dengan penukul
Kredit: Bernama TV

(Video) Dipercayai Seperti Sedang Mabuk, CCTV Rakam Lelaki Cuba Pukul Anak Dengan Penukul Dalam Lif

Georgetown, 10 Julai – Seorang lelaki ditahan selepas dilihat cuba memukul anaknya menggunakan tukul.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, isteri suspek yang tinggal di Jelutong menerima kiriman video dari adiknya yang memaparkan rakaman CCTV di bahagian lif sebuah perumahan di bandar berkenaan.

Suspek cuba memukul mangsa dengan penukul ketika berada dalam lif terbabit dan mangsa dilihat berada dalam keadaan ketakutan.

Menerusi video itu, suspek dipercayai seperti berada dalam keadaan mabuk dan tidak terurus.

Suspek kemudiannya ditahan 9 malam tadi  berhampiran Ayer Hitam dan mangsa yang diselamatkan dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Suspek yang bekerja sendiri mempunyai rekod jenayah lampau, tiga daripadanya berkait kes jenayah dan dua lagi bersangkut kes dadah, kata Soffian.

Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tambahnya.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.