Siakap Keli

(Video) “Nasib Baik Dia Tak Nganga Mulut..” Nelayan Selamatkan Yu Paus ‘Gergasi’ Tersangkut Dalam Pukat

Sebuah rakaman memaparkan seekor yu paus yang tersangkut di dalam pukat nelayan, tular di media sosial.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, yu paus tersebut dilihat cuba melepaskan diri namun gagal sebelum dibantu oleh seoarang nelayan yang berada di dalam air.

Nelayan tersebut yang berusaha melepaskan yu paus yang terbelit di pukat, tekad berenang dan menolak badan haiwan badan tersebut sambil dibantu oleh beberapa orang yang memberikan arahan di atas kapal.

Menerusi maklumat yang dikongsikan, kejadian tersebut berlaku di Perairan Utara Kuala Kedah namun tarikh dan masa kejadian tidak dinyatakan.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut memberikan pelbagai reaksi dengan rata-ratanya teruja melihat kejadian tersebut.

Nasib baik dia tak nganga mulut

Hebat betul pak long tu

Kalau masak boleh panggil satu kampung makan

Sumber: era.je/nannaz17

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.