Siakap Keli
Gambar Hiasan via Mirror

Budak Dakwa Wanita Menyeramkan ‘Kunjungi’ Biliknya Setiap Malam, Siap Buat Permintaan Yang Pelik

Seorang kanak-kanak mendakwa bahawa dia selalu ternampak seorang wanita yang aneh di biliknya setiap malam. Menurutnya, wanita tersebut sering membuat permintaan yang pelik-pelik kepadanya.

Nenek kepada kanak-kanak itu yang prihatin akan masalah yang dihadapi cucunya telah bertindak menulis di sebuah laman web untuk mendapatkan bantuan bagi mengetahui apa yang harus dilakukan selanjutnya.

Dalam penulisannya yang bertajuk My Candson Is Visited by a Spooky Lady Every Night di laman web slate.com, wanita itu menjelaskan bahawa semua yang dia bakal ceritakan itu seakan-akan sama dengan filem-filem yang menyeramkan.

Tulisnya: “Cucu saya yang berusia 2 tahun 5 bulan telah mengalami mimpi berulang kali sejak beberapa minggu lepas. Dia kerap terjaga dan menjadi marah sambil menyatakan bahawa ada seorang wanita yang muncul di biliknya.

“Apabila ditanya tentang adakah wanita itu berkomunikasi dengannya dan mengapa dia rasa wanita itu berada di situ, dia menyatakan bahawa wanita itu mahu mengambil sesuatu dari biliknya, dan dia ingin meletakkan sesuatu di kakinya.

“Dia sehinggakan menjadi takut untuk tidur. Anak perempuan saya sedang dalam proses untuk melatihnya, dan dia juga baru sahaja mempunyai adik perempuan (berusia 4 minggu). Saya tahu bahawa perubahan dalam hidup ini boleh memberi kesan kepada kanak-kanak sehingga mengalami mimpi buruk, dan saya faham bahawa imaginasi kanak-kanak jelas berlaku pada usia ini. Walau bagaimanapun, kes ini kelihatan sangat spesifik dan menyeramkan.”

Dia turut menambah bahawa keluarganya telah “buntu” untuk menangani masalah yang dihadapi kanak-kanak terbabit.

Sehingga kini, keluarga tersebut masih belum lagi mendapat jawapan yang mereka cari untuk masalah yang dihadapi kanak-kanak tersebut.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa