Siakap Keli

Dua Anak Pelanduk Unik Dilahirkan, Anggaran Saiz Dewasa Hanyalah Sebesar Arnab

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN), mengumumkan bahawa dua ekor anak pelanduk telah dilahirkan pada bulan Jun tahun ini di Pusat Konservasi Hidupan Liar(PKHL) Sungai Batu Pahat, Perlis. Pengumuman itu telah dibuat menerusi perkongsian di laman facebook Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.

Imej mungkin mengandungi: tumbuhan, luar dan alam

Pusat Konservasi Hidupan Liar(PKHL), terletak di Kangar, Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 7.4 ekar. PHKL aktif dalam menjalankan pembiakan spesies terancam pelanduk. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, PHKL Sungai Batu Pahat telah mencatatkan peningkatan kadar kelahiran pelanduk.

Imej mungkin mengandungi: tumbuhan, luar dan alam

Pelanduk adalah satu spesies yang unik kerana anggaran saiz dewasa hanya sebesar saiz seekor arnab dengan panjangnya hanya 18-22 inci, menjadikannya satu spesies ungulata yang terkecil.

Imej mungkin mengandungi: luar, teks yang berkata 'PERHILITAN'

 

Kebanyakkan pelanduk sering ditemui di negara seperti Thailand, Sumatera, Jawa dan Malaysia. Pelanduk akan berjalan secara senyap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi untuk melindungi diri daripada pemangsa seperti kucing hutan dan ular kerana mereka tidak mempunyai tanduk untuk mempertahankan diri.

 

Sumber : Jabatan PERHILITAN semenanjung Malaysia

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa