Siakap Keli
Gambar:Daily Mail

Remaja 15 Tahun ‘Lumpuh’ Di Bahagian Lengan Dan Tangan Kiri Dipercayai Bermain ‘Game’ 22 Jam Sehari Dalam Sebulan

Seorang remaja berusia 15 tahun di China tidak boleh menggerakkan tangan dan lengan kirinya selepas bermain permainan komputer selama sebulan, lapor Daily Mail.

Menurut Daily Mail, remaja lelaki itu bermain dengan permainan video selama kira-kira 22 jam sehari ketika tinggal di rumah dalam tempoh perintah berkurung kerana Covid-19.

Dia dikejarkan ke sebuah hospital di bandar Nanning selepas dia tiba-tiba pengsan ketika berada di rumah.

Gambar: Daily Mail

Ibu kepada remaja terbabit berkata bahawa anaknya itu sering meluangkan masa di dalam bilik selama sekolah ditutup kerana perintah berkurung.

“Dia menutup tingkap dan mengunci pintu. Kami tidak tahu apa yang dilakukannya di dalam bilik.

“Saya melihat perbualannya bersama rakan-rakannya. Dia memberitahu bahawa dia tidak cukup rehat dan hanya tidur selama dua jam sehari,” kata ibunya.

Setelah menjalani imbasan CT, remaja itu didiagnosis menghidap strok serebrum dan dia juga kehilangan sensasi pada bahagian tangan dan lengan kirinya.

Gambar: Daily Mail

Pakar otak, Dr Li berkata bahawa keadaan remaja itu disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat iaitu bermain permainan video dan berjaga hingga lewat malam.

“Kekurangan rehat dan nutrisi menyebabkan penurunan jumlah oksigen dan darah di dalam otaknya dan menyebabkan berlakunya strok serebrum,” katanya.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa