Siakap Keli

TERKINI COVID-19: 8 Kes Baru Dilaporkan Termasuk 4 Kes Penularan Tempatan

Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan terdapat lapan (8) kes COVID-19 baharu direkodkan setakat hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 terkini berjumlah 8,704 kes.

Daripada lapan (8) kes tersebut, empat (4) daripadanya melibatkan kes import manakala empat (4) lagi dikesan dalam kes tempatan.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 67 kes.

Dalam pada itu, sebanyak empat (4) kes sembuh baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif sembuh keseluruhan kini sebanyak 8,515 kes.

Ia menjadikan kadar peratusan sembuh dan dibenarkan discaj keseluruhan meningkat ke 97.83 peratus.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.