Siakap Keli

TERKINI COVID-19: Dukacita Satu Kematian Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan, terdapat satu (1) kes kematian terkini dilaporkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kes kematian berkaitan COVID-19 di negara ini meningkat ke 122 kes, bersamaan 1.40 peratus daripada keseluruhan kes.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-122 (kes ke-8,702) ini adalah merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Beliau telah mendapatkan rawatan tradisional beberapa kali sejak 3 Julai 2020 dan kemudiannya ke sebuah hospital swasta pada 9 Julai 2020.

“Beliau segera dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak setelah disyaki positif COVID-19, kemudian disahkan positif COVID-19, selain kesihatannya turut terus merudum dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 10 Julai 2020 jam 5.49 petang,” katanya dalam satu kenyataan rasmi mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.