Siakap Keli

Tulang-Tulang Mangsa Masih Lagi Dijumpai, Mengenang Tragedi Sabrenica Ke-25, Lebih 8,000 Etnik Bosniak Maut Jadi Mangsa Pembersihan Etnik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Semua yang nak pergi akan dipindahkan, besar atau kecil, muda dan tua. Jangan takut..tiada siapa akan menyakitimu.”

Pada 11 Julai 1995 (25 tahun dahulu), tentera Bosnian Serb menawan bandar Srebrenica di Bosnia-Herzegovina.

Dalam masa kurang dua minggu, unit tentera berkenaan dilapor telah membunuh lebih 8,000 warga Bosniaks, menjadikannya sebagai siri pembunuhan besar-besaran paling teruk dalam sejarah Eropah sejak Perang Dunia Kedua (WW II) berakhir.

Mengimbas kembali, Komander Tentera Bosnian Serbi, Jeneral Ratko Mladic pada waktu itu memberitahu kepada semua penduduk di bandar tersebut agar tidak berasa takut ketika mereka mahu memulakan pembunuhan.

Dan…tragedi pembunuhan sadis itu berlaku tanpa henti selama 10 hari, memetik laporan BBC.

Sementara itu, tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga mengisytiharkan wilayah itu sebagai kawasan selamat, tetap tidak mampu berbuat apa-apa ketika keganasan tersebut berlaku di sekitar mereka.

Bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan pernah berkata, “Tragedi pembunuhan Srebrenica akan menghantui sejarah PBB selamanya,”

Pembunuhan tersebut adalah sebahagian daripada siri pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan ke atas etik Bosniak di sana oleh tentera Bosnian Serb semasa Perang Bosnia, selain salah satu daripada beberapa konflik yang dilancarkan ketika Yugoslavia meletus pada 1990 lalu.

Republik Sosialis Bosnia-Herzegovina – yang pada waktu itu sebahagian daripada Yoguslavia merupakan kawasan multi-etnik iaitu etnik Bosniak, kawasan etnik Serbs dan kawasan etnik Croats.

Dua tahun kemudian, Bosnia-Herzegovina diisyhtiharkan merdeka pada 1992 melalui perjanjian, sebelum diperakui kenegaraannya oleh kerajaan Amerika Syarikat (US) dan Eropah.

Akan tetapi, warga Bosnian-Serb membantah serta memboikot perjanjian tersebut.

Tidak lama kemudian, tentera Bosnian Serb yang disokong oleh kerajaan Serbia menyerang negara yang baru merdeka itu.

Mereka mula menghalau etnik Bosniaks dari wilayah tersebut dalam misi mewujudkan Greater Serbia – yang lebih difahami secara polisinya, penghapusan etnik.

Jeneral Ratko Mladic (tengah), individu yang didakwa bertanggungjawab atas pembunuhan Srebrenica. Gambar: Getty Images
Para tawanan wanita diasingkan menaiki lori. Gambar: Getty Images

Tentera Bosnian Serbs menawan Srebrenica pada 1992 tetapi diambil semula oleh tentera Bosnia tidak beberapa lama selepas itu.

Pengepungan tersebut berlaku dengan pertempuran kedua-dua belah pihak.

Pada April 1993, Jabatan Keselamatan PBB mengisytiharkan wilayah tersebut sebagai ‘Kawasan selamat, bebas daripada sebarang serangan bersenjata atau tindakan dari musuh’.

Bagaimanapun, pertempuran tersebut tetap diteruskan, hingga mengakibatkan bekalan keperluan untuk orang awam semakin berkurangan.

Dalam masa sama, sebahagian tentera Belanda turut berkawal di situ sebagai pasukan pengaman PBB.

Pada waktu itu, ramai orang awam Bosniaks dilaporkan meninggal dunia akibat krisis kelaparan.

Tentera pengaman PBB dari Belanda ditempatkan di ‘zon selamat’. Gambar: Getty Images
Gambar: Getty Images

Pada 6 Julai 1995, tentera Bosnian Serb menyerang Srebrenica dengan lebih bertalu-talu.

Pasukan pengaman PBB juga terpaksa berundur ke bandar, sementara serangan udara tentera bersekutu NATO yang dipanggil untuk membantu mengurangkan ketegangan, tidak dapat berbuat apa-apa.

Kawasan itu ‘jatuh’ dalam masa lima hari.

Kira-kira 20,000 pelarian Bosniaks ditempatkan ke Pangkalan Utama PBB Belanda.

Pada waktu itu, Jeneral Gladic berjalan melewati di bandar itu dengan gaya penuh kemenangan.

Keesokan harinya, mimpi ngeri pun bermula.

Pelarian-pelarian Bosniak yang dibawa menaiki bas untuk proses pemindahan, tentera Bosnian Serbs memisahkan kumpulan lelaki dewasa dan kanak-kanak daripada tawanan itu untuk ditembak mati.

Ribuan individu diasingkan dan ditolak ke dalam lubang besar menggunakan jentolak.

Berdasarkan laporan, ada antara mereka ditanam hidup-hidup, sementara ada dewasa yang lain dipaksa untuk menyaksikan sendiri anak mereka dibunuh depan mata.

Gambar: Getty Images

Sementara itu, pelarian wanita dewasa dan kanak-kanak pula diasingkan kemudian didakwa dirogol.

Ada mangsa yang mengatakan, jalan-jalan raya ketika itu penuh dengan darah.

Tentera Belanda yang kekurangan kelengkapan ketika itu serta menyaksikan pembunuhan tersebut tidak berbuat apa-apa dan kira-kira 5,000 mangsa yang ditempatkan di pangkalan telah diserahkan.

“Usaha bersepadu telah dijalankan untuk menangkap semua lelaki Bosniak yang usianya sesuai dijadikan tentera,” kata laporan itu.

Bas-bas yang membawa wanita dan kanak-kanak pula mencari golongan lelaki, termasuk kanak-kanak dan orang tua yang tidak berkemampuan untuk dipaksa berkhidmat dalam tentera.

Antara kubur yang dijumpai. Gambar: Getty Images

Walaupun sudah berpuluh tahun lamanya, kesan pembunuhan tersebut masih terasa sehingga ke hari ini.

Kebanyakan kubur dan rangka tulang mayat mangsa masih lagi dijumpai, biarpun pembunuhan itu sudah berlalu 25 tahun dahulu.

Menurut rekod, satu laporan pada 2002 dahulu pernah menyalahkan kerajaan dan ketenteraan Belanda atas sebab tidak mampu mengekang pertumpahan darah tersebut.

Kesannya, seluruh kerajaan terpaksa mengundurkan diri setelah laporan itu dibuat.

Pada 2019 lalu, Mahkamah Tinggi Negara Belanda mengesahkan bahawa negara itu sebahagiannya bertanggungjawab ke atas 350 kematian di Srebrenica.

Sebelum itu, setelah berakhirnya perang tersebut pada 1995, Komander Gledic lari bersembunyi selama beberapa tahun sebelum ditemui semula di kediaman sepupunya di utara Serbia pada 2011.

Pada 2017, Mahkamah Tribunal PBB di The Hauge mensabitkan kesalahan ke atas Mladic atas jenayah perang yang dilakukannya itu; pembunuhan beramai-ramai serta kekejaman-kekejaman lain.

Serbia dilaporkan telah membuat permohonan maaf atas kekejaman tersebut, akan tetapi tetap masih tidak menganggap bahawa ia adalah ‘pembunuhan beramai-ramai’

Salah seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi Srebrenica, Mejra Djogaz, mencium batu nisan kubur yang menempatkan jenazah anaknya. Gambar: Getty Images

Sementara itu, seorang aktivis kemanusiaan tanah air, Fadhilah Ibrahim turut berkongsi pandangan dan coretannya atas tragedi Srebrenica ini.

Beliau pernah menjejakkan kaki ke bumi berdarah itu pada awal tahun ini untuk menjalankan misi kemanusiaan di sana.

Sehubungan itu, bersempena hari memperingati ulangtahun ke-25 tahun tragedi Srebrenica hari ini, beliau menukilkan bicaranya melalui satu kiriman di Facebook.

Berikut adalah beberapa keping foto di Srebrenica Genocide Memorial di sana yang diambilnya sendiri.

Gambar: Fadhilah Ibrahim
Pemandangan kawasan perkuburan dari luar pintu masuk. Gambar: Fadhilah Ibrahim
Pemandangan kawasan perkuburan dari luar pintu masuk. Gambar: Fadhilah Ibrahim
Doa yang disematkan di tanah perkuburan. Gambar: Fadhilah Ibrahim
Senarai nama para syuhada’ yang diabadikan di tanah perkuburan. Gambar: Fadhilah Ibrahim
Kawasan agihan bantuan sewaktu misi kemanusiaan dijalankan. Gambar: Fadhilah Ibrahim
Rumah kayu api yang terdapat di sana. Gambar: Fadhilah Ibrahim
Salah satu kawasan cantik yang berdekatan di Srebrenica. Gambar: Fadhilah Ibrahim

Sumber: BBC, Fadhilah Ibrahim

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.