Siakap Keli

(Video) Kreatif & Mudah, Sekolah Guna ”QR Code” Untuk Cek Suhu Badan & Kehadiran Dengan Pantas

Pada 24 Jun 2020, kerajaan Malaysia telah membenarkan pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 memulakan sesi persekolahan dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, sebelum menerima kehadirian pelajar, kakitangan sekolah termasuklah guru-guru bertungkus lumus menyusun dan menguruskan keadaan kelas dan sekolah agar mematuhi sayarat SOP yang telah ditetapkan.

Malah terdapat guru-guru juga menunjukkan komitmen yang tinggi dengan memanfaatkan teknologi dalam menjaga penjarakkan sosial dengan membina sistem mengambil kehadiran alternatif tanpa perlu mengambil masa yang panjang dan mengelakkan perhimpunan diantara pelajar sebelum memasuki sekolah.

Sebuah video tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan para pelajar yang dipercayai di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah menggunakan ‘Qr Code’ untuk mengambil kehadiran sewaktu masuk ke sekolah.

Sebelum memasuki perkarangan sekolah, pelajar sekolah tersebut hanya perlu mengimbas ‘Qr Code’ yang telah dikhaskan bagi setiap pelajar. Yang lebih mengagumkan sistem tersebut merekod secara terus suhu para pelajar dari pengimbas suhu tanpa perlu ditulis secara manual.

Ianya merupakan usaha sekolah yang komited menerima kedatangan para pelajar untuk menimba ilmu walaupun dalam keadaan negara yang masih berjaga-jaga penularan pandemik COVID-19.

Sumber: Alam Cuaca

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.